Siakap Keli
Credit: Nimelesh

“Ada Yang Mengalami Gejala Seperti….” Doktor Perjelas Tanda-tanda Rabun Silau, Ramai Tak ‘Perasan’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rabun merupakan satu masalah yang tidak asing lagi di negara kita. Tidak mengira usia, pasti ada di antara kenalan atau keluarga di sekeliling kita yang memerlukan kaca mata untuk membantu mereka melihat dengan jelas.

Seperti yang kita tahu, terdapat dua jenis rabun iaitu rabun dekat dan rabun jauh. Rabun dekat adalah mereka yang sukar melihat sesuatu yang jauh dan rabun jauh pula mereka yang sukar melihat sesuatu yang dekat.

Tapi korang tahu tak ada satu lagi jenis rabun yang kurang diambil perhatian tapi dihidapi oleh ramai orang, iaitu rabun silau. Silau juga adalah sejenis rabun yang berlaku pada kedua-dua jenis rabun tadi.

Nak ‘kenal’ dengan lebih mendalam tentang masalah rabun silau ini? Jom ikuti perkongsian oleh pengamal perubatan, Dr. Nimelesh (gambar) di Twitter di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Apa itu rabun silau?

Gambar: Dr. Nimelesh

Rabun silau merupakan masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata.

Ia biasanya datang dengan rabun jauh dan rabun dekat. Dan hampir semua orang mengalami rabun silau, hanya pada tahap keterukan berbeza.

Biasanya objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.

Ada penghidap rabun silau yang tidak mengalami sebarang gejala. Ada yang mengalami gejala seperti sakit kepala, mata letih, susah memandu pada waktu malam.

Rabun silau ada rawatan nya dari segi cermin mata, contact lens, dan pembedahan.

Pemeriksaan mata dengan doktor mata amat penting untuk mengesan dan merawat masalah ini.

Sumber: Twitter Nimelesh

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.