Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kes COVID-19 mungkin akan meningkat menjelang sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina ini.
Khairy memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Twitter rasminya hari ini.
“Kita semua telah melakukan dengan baik dalam memastikan kadar jangkitan COVID-19 kekal terkawal ketika sambutan Krismas dan Tahun Baharu walaupun Omicron (ketika itu).
“Ketika kita semua bakal menyambut Thaipusam dan Tahun Baru Cina, kes harian mungkin akan meningkat, jadi teruskan menjaga SOP (terutamanya pelitup muka), #TRIIS, hidupkan MySJ Trace di kawasan sesak dan dapatkan (dos) penggalak,” katanya.
Semalam, kes COVID-19 di negara ini mencatatkan pertambahan sebanyak 3,010 kes menjadikan jumlah kumulatif terus meningkat kepada 2,808,347 kes.
We have done well ensuring COVID-19 infectivity remains under control throughout Christmas & New Year despite Omicron. As we head into Thaipusam & CNY, daily numbers may go up so keep maintaining SOPs (esp masks), #TRIIS, switch on MySJ Trace in crowded areas & get boosted. pic.twitter.com/ixQsxwJms3
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) January 17, 2022
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin