Siakap Keli
Gambar: PDRM

Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Kamiliah Anab

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun berbangsa Orang Asli dipercayai hilang pada 14 Januari baru-baru ini, lapor Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Menurut hebahan NUR Alert di Facebook PDRM, kanak-kanak bernama Kamiliah binti Anab tersebut dipercayai hilang di Hutan Temengor, Perak.

Jelas hebahan itu, fizikal kanak-kanak tersebut tidak terlalu tinggi, berambut kerinting paras bahu dan berwarna hitam, selain warna kulitnya hitam manis.

Ketika hilang, mangsa dipercayai memakai baju bewarna kuning dan berseluar biru.

PDRM menggesa orang ramai untuk menyebarkan maklumat tersebut bagi memudahkan urusan pencarian.

Gambar: FB PDRM

Sumber: PDRM

Faiz Mustafa