Siakap Keli
Gambar: memomedsos

Wanita Nekad Panjat Bonet Kereta Suami, Tangkap Suaminya ‘Kantoi’ Bawa Perempuan Lain

Tular di media sosial Instagram berkenaan tindakan seorang wanita memanjat bonet kereta yang didakwa milik suaminya yang sedang membawa wanita lain.

Menerusi video tersebut, kelihatan bahawa terdapat seorang wanita berbaju putih sedang duduk pada bonet sebuah kereta berwarna hitam di Jalan Cokro Aminito, Kecamatan Kota Kisaran Barat, Kabupaten Asahan, lapor Tribun Medan pada Isnin (17/1/2022).

Dalam video yang dirakam oleh orang ramai, dapat dilihat bahawa seorang wanita berbaju putih telah bertindak menahan kereta tersebut terlebih dahulu sebelum berjaya memanjat dan memberhentikan kereta berkenaan.

Tindakan wanita itu telah menarik perhatian masyarakat sekeliling untuk merakam video tentang kejadian berkenaan.

Salah seorang yang merakam video tersebut berkata, insiden itu didakwa berpunca daripada kehadiran wanita lain yang dibawa oleh suaminya.

Pelakor (perampas lelaki orang),” kata salah seorang yang merakam video itu.

Akibat daripada kejadian itu jalan tersebut telah mengalami kesesakan lalu lintas.

Sehingga kini, identiti wanita dalam video tersebut masih belum dapat diketahui.

Sumber: Tribun News

Aireena Marizan