Siakap Keli
Gambar: MetMalaysia

Gempa Bumi Gegar Sempadan Xizang-India

Satu gegaran gempa bumi sederhana dilapor berlaku di Rantau Sempadan Timur Xizang-India pada 6.59 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut jabatan itu, pusat gempa yang bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tersebut berlaku di koordinat 29.3° Utara dan 94.2° Timur.

Difahamkan, ia berlaku pada jarak 618 kilometer Timur Laut dari wilayah Rangpur, Bangladesh dengan berkedalaman kira-kira 47 kilometer dalam.

Bagaimanapun MetMalaysia menjelaskan, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'