Siakap Keli
Gambar: via Road and Track

Ada Yang Cecah RM190, 7 Negara Dengan Cas Tol Paling Mahal Di Dunia

Kalau sebut tentang tol mesti semua dah tahu yang tol ini merujuk kepada bayaran yang dikenakan terhadap kenderaan yang melalui sesuatu jalan raya.

Bayaran tol ini sebenarnya dikenakan bertujuan untuk membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya yang digunakan. Jumlah tol yang dikutip juga kebiasaannya bergantung kepada jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Tol yang dikenakan di Malaysia mungkin kelihatan mahal tetapi sebenarnya jika kita lihat dari sudut global, ada lagi negara lain yang mempunyai tol yang begitu mahal. Berikut merupakan beberapa negara yang mempunyai nilai harga tol yang mahal mengikut harga semasa.

1. Pennsylvania Turnpike

Gambar: via akurat.co

Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh penjual insurans Australia Budget Direct menerusi laman Road and Track, tol paling mahal di dunia bukanlan terletak di negara-negara maju seperti Switzerland, California atau Jerman.

Ternyata tol termahal di dunia terletak di Pennsylvania. Harga tol maksimum yang dikenakan di negara ini adalah sebanyak $112.90 (RM472.53).

Harga tersebut dikenakan terhadap semua kenderaan standard jika anda memandu secara pergi dan balik.

Dipercayai harga tol di situ sangat mahal kerana panjang jalannya yang hampir mencapai 310 batu iaitu hampir-hampir 498 kilometer (km) panjang. Jika pemanduan bermula dari Philadelphia hingga ke sempadan Ohio. Jika dibahagi hampir 31 sen sebatu.

2. Grossglockner High Alpine, Austria

Gambar: via akurat.co

Tetapi hal ini berbeza pula dengan jalan tol di Grossglockner High Alpine yang terletak di Austria.

Laluan di sana adalah melalui sebuah gunung yang berhubung dengan Italia. Jalan ini mempunyai nilai tol termahal iaitu sebanyak $45.43 (RM190.14).

3. A1 Motorway, Crotia

Gambar: via akurat.co

Di tangga ketiga pula terletak di tol A1 Motorway yang terletak di Crotia. Jalan tol di sana mempunyai jalan sepanjang 476 kilometer (km). Dipercayai jalan tol yang menghubungkan Zagreb ke Split ini mempunyai harga tol yang mencapai $38.42 (RM160.80).

4. Confederation Bridge, Kanada

Gambar: via akurat.co

Menurut akurat.com pula jalan Confederation Bridge yang terletak di Kanada pula mempunyai nilai tol yang sangat tinggi iaitu mencecah $37.75 (RM158.00).

Dikatakan jalan itu dibuka pada sekitar tahun 1997. Jambatan itu juga dipercayai jambatan terpanjang di dunia dengan jarak 12.9 km.

5. Grand Saint Tunnel

Gambar: via akurat.co

Bagi jalan tol yang mempunyai terowong pula, Grand Saint Bernard Tunnel merupakan tol yang ada terowong yang paling mahal iaitu sebanyak $35.07 (RM146.78). Panjang laluan tol itu adalah sepanjang 5.79 km.

6. M-1/E 30

Gambar: akurat.co

Jalan tol M-1/E 30 adalah jalan utama yang terletak membelah negara Belarusia. Jalan ini menghubungkan Belarusia dengan perbatasan Rusia dalam jarak yang mencapai 505 km. Dengan jarak yang agak panjang ini, harga tol yang dikenakan adalah sebanyak $29.51 (RM123.51).

7. New York State Thruway 28.05

Gambar: akurat.co

Di Amerika Syarikat pula, New York State Thruway mewakili salah satu tol termahal di sana. Tol ini menghubungkan jalan New York City di Yonkers dengan Pennsylvania di Ripley. Nilai harga tol yang dikenakan adalah $28.05 (RM117.40).

Sumber: akurat.co & Road and Track

Nadhirah