Siakap Keli
Gambar Via NBC News

Anak 2 Tahun Main Phone Ibu, Jadi ‘Suspek’ Terbeli Set Perabot Berharga Lebih RM8,000

Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, segala urusan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja termasuk apabila ingin membeli-belah barangan rumah.

Bagaimanapun, ia juga boleh ‘memakan diri’ jika tidak digunakan dengan betul.

Seperti yang dialami oleh seorang ibu di New Jersey ini yang ‘terduduk’ apabila satu persatu perabot sampai di rumahnya walaupun dia tidak pernah membeli barangan tersebut.

Pun begitu, dia akhirnya mengetahui bahawa semua perabot itu telah dipesan oleh anaknya yang berusia dua tahun ketika bermain telefon miliknya.

Memetik laporan NBC News, wanita tersebut pada awalnya hanya menambah barangan pada cart di dalam laman web Walmart dan belum mengesahkan pembelian.

Gambar Via India Times

 

Ketika perabot itu sampai, wanita tersebut bertanya kepada suami dan dua anaknya sama ada mereka telah membeli barangan tersebut tetapi mereka menegaskan bahawa tidak melakukannya.

Justeru, tinggallah anak lelakinya yang berusia dua tahun menjadi satu-satunya ‘suspek’.

Difahamkan, harga barangan yang dipesan oleh anaknya itu berjumlah hampir $2,000 (RM8,368.20).

“Sangat sukar untuk mempercayai bahawa dia telah melakukan perkara ini, tetapi itulah yang berlaku.

“Dia sangat kecil dan comel, kami terhibur kerana dia boleh memesan semua barangan ini,” kata suami kepada wanita itu.

Sementara itu, mereka merancang untuk menyimpan beberapa bungkusan dan memulangkan yang lain supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik.

Sumber: NBC News

Sofea

There's always another side to every story