Siakap Keli

Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Landa 8 Negeri Di Beberapa Kawasan Sehingga 8 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 2:55 petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 8 negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga 8 malam ini.

Negeri yang terlibat sehingga 6:00 petang ialah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) dan Sabah (Pedalaman: Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan manakala Pantai Barat: Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Manakala, negeri yang terlibat sehingga 8:oo malam pula ialah Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi dan Limbang.

Oleh itu, penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan