Siakap Keli
Sumber: The Siberian Times via Daily Mail

Hanya Peluk Anjing, Kanak-kanak Perempuan Ditemui Hidup Lepas Harungi Malam Ribut Salji

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sepuluh tahun dilaporkan terselamat selepas dia berjaya mengharungi malam ribut salji yang lebat di Rusia baru-baru ini, memetik laporan CNN.

Menurut laporan, difahamkan kanak-kanak tersebut berjaya menempuh malam ‘gegak gempita’ itu hanya dengan memeluk erat seekor anjing sepanjang kejadian.

Pada hari kejadian, kanak-kanak yang tidak dikenal pasti identitinya itu dipercayai gagal mencari jalan pulang dari sekolahnya yang terletak di pekan Uglegorsk.

Difahamkan, dia tidak dapat menemui jalan pulang akibat ribut salji yang terlalu kuat dengan kelajuan angin mencecah kira-kira 61 hingga 80 kilometer sejam.

Sumber: The Siberian Times via Daily Mail

Pihak berkuasa dan penduduk tempatan telah mencari kanak-kanak kecil itu semalaman selepas dia dilaporkan hilang oleh ibunya.

Tambah laporan, kumpulan pencari memberikan tumpuan semasa pencarian khususnya terhadap rumah-rumah yang mempunyai haiwan peliharaan.

Hal ini berikutan penduduk berdekatan yang melaporkan bahawa mereka ada ternampak kanak-kanak itu bermain dengan seekor anjing pada petang sebelum kehilangannya.

Bagaimanapun sehari selepas laporan dibuat, kanak-kanak itu akhirnya berjaya ditemukan oleh seorang sukarelawan.

Kanak-kanak itu ditemui di kandang anjing dalam keadaan dia sedang memeluk haiwan itu bagi memanaskan tubuh badannya yang kecil, lapor Russian state TV menerusi CNN.

Kini, kanak-kanak tersebut sudah dibawa ke hospital dan dia dilaporkan sihat tanpa sebarang, tulis laporan tersebut.

Sumber: CNN

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.