Dikurniakan anak sudah pasti menjadi impian setiap pasangan. Tak lengkap rasanya sesebuah keluarga itu tanpa kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.
Namun tak dinafikan, menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang ibu bapa perlu belajar termasuk cara menangani konflik apabila ada sesuatu yang tak kena dengan anak masing-masing.
Pun begitu, banyak juga situasi di mana suami isteri saling berselisih pendapat dalam membesarkan anak-anak. Hal ini terjadi apabila pasangan memilih untuk saling menuding jari berbanding mencari penyelesaian.
Oleh itu, penulis buku keibubapaan ini melalui laman Facebook miliknya, Adlil Rajiah berkongsi panduan untuk rujukan ibu bapa sekiranya timbul isu berkait anak-anak. Ikuti perkongsian di bawah ini.
“Terus fokus fikir penyelesaian, bukan fikir salah siapa”
Ada suami isteri yang suka menyalahkan satu sama lain bila ada benda tak kena dengan anak.
“Anak suka marah-marah, ikut perangai awak la ni.”
“Anak ketagih gajet, sebab awak la ajar dia.”
“Anak kurang ajar sebijik macam awak.”

Kalau macam ni la cara kita handle conflicts, bila entah Malaysia nak maju.
Saling menuding jari, saling menyalahkan, saling mengungkit. Memang la takde apa yang akan selesai.
Apa yang kita dapat bila saling menyalahkan, menuduh, mengungkit depan anak-anak? Habuk pun tak dapat.
In fact, hati anak-anak makin pecah bila tengok mak bapak saling menjatuhkan maruah. Serta merta hilang rasa hormat terhadap mak bapak.
Dan lama-lama, anak pula yang terbawa-bawa perangai “suka menyalahkan orang lain”.
Itu ke yang kita nak?
Please, parents. Jangan diikutkan sangat ego, nafsu dan emosi tu. Stop being emotionally immature.
Terus fokus fikir penyelesaian. Bukan fikir salah siapa. Tak payah buat perangai ahli politik depan anak-anak. Kita jauh lebih matang daripada tu.
“Dapat detect satu masalah, terus cari jalan”
Everytime ada isu dengan anak, ingat itu anak kita. Sama-sama bertanggungjawab.
Ini lah masanya kita tunjuk pada anak— kebersamaan dan teamwork ibu bapa dalam menyelesaikan konflik.
Cari satu masa, duduk berdua, bincang. Bukan argue siapa punca atau siapa salah. Itu semua tak selesaikan apa-apa.
Anak kat depan mata kita sekejap je, tuan puan. Jangan buang masa bergaduh.
Dapat detect satu masalah, terus cari jalan. Tak tahu, tanya. Baca buku. Cari ilmu. Tanya pakar. Minta bantuan.

Jangan cakap takde masa. Buat anak dulu ada masa pulak.
Peranan kita ialah bimbing anak sampai mereka boleh hidup tanpa kita. Bukan buat diorang confused dengan perangai kita.
Cara kita dan pasangan mendidik anak tak semestinya sama, and that’s okay. Asalkan halatuju tu sama.
In parenting, teamwork is key. Baru lah anak tak keliru, tak hilang hormat, dan pandai handle conflicts.
Perangai anak-anak ni tak datang tiba-tiba, semuanya bersebab dan dibentuk setiap hari.
Kalau dah anak tengok mak bapak bergaduh dan saling menyalahkan setiap hari, what kind of behaviour yang kita expect daripada mereka? Takkan soleh solehah pulak?
Pulihkan apa yang di dalam diri kita sendiri dulu. Build positive and supportive husband-wife relationship, dan insyaAllah anak will follow accordingly.
Ingat, anak takkan ingat nasihat atau pengorbanan kita. Tapi mereka akan ingat sampai bila-bila — apa yang kita buat mereka rasa.
Sumber: Adlil Rajiah