Siakap Keli
Gambar: rinmansor

“Tiada Motivasi Nak Improve,” Lelaki Ini Kongsi Kesilapan Dilakukan Ketika Diet Dan Solusinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mempunyai impian untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun impian saja tidak cukup, usaha dan konsistensi juga penting terutamanya apabila melakukan diet.

Bahkan, ada sesetengah orang yang pada awalnya saja bersungguh-sungguh untuk diet tetapi kecundang di tengah jalan dek kerana tidak dapat meninggalkan tabiat lama dan gaya hidup yang tidak sihat.

Jika mengalami masalah seperti itu, mungkin perkongsian @rinmansor di Twitter ini boleh membantu korang.

Menurut Rin, dia dahulu mempunyai masalah berat badan dan melakukan beberapa kesilapan ketika berdiet. Kini, penampilannya berubah apabila berjaya menurunkan berat badan dari 100kg ke 65kg.

Setelah melakukan ‘analisis’, Rin telah berkongsikan mengenai kesilapan yang dilakukan olehnya dan solusi yang perlu dilakukan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Ye dulu saya gemuk

Kesilapan 1: Saya stress eating.

Solusi: Address punca stress tu. Kalau stress kerja, apply kerja baru. Lepas tu makan macam biasa 3 kali sehari, tapi kurangkan portion;

1/4 lauk
1/4 sayur
1/4 nasi
1/4 biarkan pinggan kosong

Yes sikit tapi lepas minum air confirm kenyang

Kesilapan 2: Saya suka minum jus buah dan air manis lepas makan. Makanan tu kalori dah, tambah lagi kalori minuman. Jus buah tak sihat tau sebab kita hanya extract gula buah tu. Serat buang.

Solusi: minum air kosong atau teh hijau atau kopi kosong. Nak buah, makan buah potong.

Kesilapan 3: Sedentary lifestyle. Terperap dalam rumah asyik kerja depan PC je sepanjang hari.

Solusi: Walk more. Keluar jalan kaki pergi taman je dah cukup bagus dah. Keluar bersenam macam jogging ke, itu lagi bagus. Saya slow jogger, jog at conversational pace. Best.

Kesilapan 4: Tiada motivasi nak improve diri sendiri

Solusi 1: Ambil health check up, tengok result cholesterol, fat levels dan health korang macam mana. Mesti boleh nampak ada sesuatu yang perlu dijaga.

Tak rasa motivated jugak? Try this

Solusi 2: Get your heart broken

Like really broken. That is when you are most open to change and open to do difficult things like working out & changing your lifestyle

Experience the pain of rejection

Yang single simpan crush dalam diam tu, korang tahu apa korang perlu buat.

Kepada yang berazam nak lose weight tahun ini. Semoga anda dapat motivasi untuk buat tahun ini.

Menarik bukan? Semoga perkongsian ini boleh membantu dan memberikan semangat kepada korang untuk menurunkan berat badan.

Sumber: rinmansor

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.