Kalau sebut tentang koala mesti ramai antara anda yang sudah boleh bayang bagaimana rupa haiwan ini kan? Koala merupakan haiwan yang hanya ada di negara Australia.
Walaupun tidak terdapat di Malaysia, kita masih dapat mengenali haiwan ini kerana terdapat satu siri kartun di siaran Disney yang menceritakan kisah haiwan ini.
Tak lain tak bukan kartun ‘Lilo & Stitch’ di mana watak Stitch merupakan seekor koala biru. Walaupun kita dapat mendengar suara Stitch di dalam siri kartun tersebut tetapi kita masih tidak mengetahui bagaimanakah suara asal haiwan itu di dalam dunia realiti.
Disebabkan itu mesti ramai antara anda yang tak tahu macam mana bunyi sebenar suara koala kan.
Menerusi satu perkongsian video di akaun Twitter Amazing Nature, kelihatan seekor koala jantan yang sedang berada di sebatang kayu.
Koala berwajah comel itu diusap-usap oleh seorang lelaki, lalu ia mengeluarkan bunyi dirinya yang sebenar.
Bunyi haiwan itu kelihatan sama ada ia suka dengan usapan itu atau ia sedang memberontak.
Oleh itu, ayuh kita tonton video perkongsian ini yang menunjukkan bagaimana suara sebenar haiwan ini di dunia realiti.
I had no idea that Kolas sounded like that. 😳🐨 pic.twitter.com/0WcuPsRppg
— Amazing Nature (@AmazingNature00) January 24, 2022
Sumber: Amazing Nature