Siakap Keli
Gambar: TikTok Teerayut Jayjak

(Video) Cuba Galas Banyak Kali Tetapi Masih Jatuh, Akhirnya ‘Rahsia’ Beg Sekolah Berat Kanak-kanak Ini Didedahkan Ibunya Sendiri

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat asyik ‘terjatuh’ kerana beg sekolahnya terlalu berat untuk diangkat, memetik laporan Nation Thailand.

Menurut laporan, menerusi perkongsian video itu, seorang kanak-kanak perempuan dilihat bersungguh-sungguh untuk menggalas tali beg sekolahnya di atas bahu..

Tetapi tindakan kanak-kanak kecil itu tidak membuahkan hasil kerana beg yang dibawanya dipercayai begitu berat sehinggakan dia asyik terjatuh setiap kali cuba untuk menggalasnya.

Disebabkan penat mencuba, akhirnya kanak-kanak itu hanya mampu mengheret beg tersebut. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki  menuju ke arahnya untuk membantu.

Sejurus kemudian, gadis kecil itu akhirnya berjaya juga menggalas beg tersebut setelah dibantu oleh lelaki berkenaan.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian pilu itu menyangka bahawa beg berat yang dibawa gadis kecil itu berisi buku-buku teks, namun ternyata sangkaan itu silap.

Baru tahu, dalam beg itu bukan buku teks, tetapi….

Difahamkan, beg yang dibawanya itu rupa-rupanya berisi 36 kotak susu kecil. Salah seorang guru di sekolahnya (namanya tidak ingin didedahkan) memberitahu pemberita bahawa gadis berusia tujuh tahun itu tidak ingin menyusahkan kedua-dua ibu bapanya.

Menurut cikgu itu, sekolah mereka mempunyai kelas sehingga tengah hari pada hari Selasa dan pelajar-pelajar sekolah sepatutnya menunggu ibu bapa menjemput mereka. Hal ini demikian kerana masing-masing perlu membawa pulang kotak besar karton susu ke rumah masing-masing.

Selalunya pelajar-pelajar sekolah akan menunggu ibu dan bapa mereka untuk mengangkat kotak-kotak susu itu. Tetapi lain pula yang terjadi kepada gadis kecil ini.

Gadis kecil itu mungkin terlalu teruja kerana mendapat satu kotak besar yang dipenuhi kotak-kotak susu kecil sehingga dia sanggup meletakkannya di dalam beg sekolah dan terus pulang ke rumah tanpa menunggu ibunya untuk menjemputnya seperti biasa.

Hal ini disahkan oleh ibunya sendiri, Suchada. Suchada memaklumkan bahawa beg anaknya itu bukanlah dipenuhi dengan buku-buku sekolah seperti yang disangka. Sebaliknya hanya 36 kotak susu dan empat buku sahaja yang terkandung di dalamnya.

Menurut ibunya, jarak antara sekolah dan rumah mereka tidak begitu jauh, iaitu hanyalah kira-kira satu kilometer sahaja. Disebabkan itu Suchada selalu menunggang motosikal untuk mengambil anaknya.

“Apabila saya tiba di sekolah kali ini, anak saya dah pulang.

“Saya kemudiannya mengejar anak saya yang berada di tepi jalan semasa perjalanan pulang.

“Saya tidak pernah tahu mengenai video tular ini dan hanya membawa anak saya terus pulang ke rumah,” kata ibunya.

Video itu bagaimanapun telah tersebar luas di media sosial hingga memperoleh jumlah tontonan melebihi 10.4 juta setakat ini.

@teerayutjayjak

หนักอย่างน่อยๆแล้ว15กิโล

♬ เสียงต้นฉบับ – Teerayut Jayjak – Teerayut Jayjak

Sumber: Nation Thailand

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.