Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Khamis. Ini berikutan beberapa rakaman yang tular di media sosial.
Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu berlaku dipercayai di kawasan Shah Alam. Fenomena itu menjadi tular di laman media sosial apabila ramai warganet berkongsi perihal hujan batu tersebut.
Difahamkan menerusi satu video yang dikongsikan oleh orang ramai iu menunjukkan hujan batu bersertakan angin kenyang telah menyebabkan banyak kenderaan rosak akibat pokok tumbang.
Shah alam sekarang ribut dan hujan ais batu.. Pokok tumbang, Hati-hati yang drive tu…
Hujan batu di Glenmarie, Shah Alam today. 😱🙏 kitorang kat ofis dah cuak dah. pic.twitter.com/isS4X5jS9s
— Rusukx🌻 (@rusukx) January 27, 2022
Shah Alam hujan batu yang turun. pic.twitter.com/bFK0oFie0p
— NA.ABY (@amanaby) January 27, 2022
Orang ramai yang berada dikawasan tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati terutama sekali ketika menggunakan jalan raya.
Sumber: Facebook Mohd Asri, Twitter