Siakap Keli
Gambar: Mental Floss

Percaya Atau Tidak, Ejaan ‘February’ Adalah Salah Satu Ejaan ‘Aneh’ Dalam Bahasa Inggeris, Ini Sebabnya

Ejaan bagi bulan February adalah antara salah satu ejaan aneh di antara ejaan lain dalam bahasa Inggeris. Ucapan terima kasih khas perlu diberikan kepada bahasa Latin bagi nama bulan February ini khususnya.

Hal ini kerana, pada zaman Rom purba, bulan February dikenali sebagai Februarius, iaitu satu istilah yang mempunyai kaitan dengan penyucian. Februare ialah perkataan Latin untuk penyucian, dan februum menerangkan makna penyucian atau cara yang digunakan untuk menyucikan.

Pendek kata, bulan February ialah bulan untuk penyucian.

Hal ini mungkin berkaitan dengan satu upacara Lupercalia, sebuah perayaan purba ‘liar’ yang berlangsung pasa 15 February dan menampilkan pengorbanan seperti sebatan serta tidak berpakaian (bermaksud kurang pakaian daripada hari-hari biasa).

Sementara itu menurut puisi Fasti Ovid, hampir semua cara yang digunakan untuk penyucian dikenali sebagai februa (jamak kata februum).

Rumah pula akan disucikan menggunakan ‘bijirin dan garam panggang’, tanah disucikan menggunakan jalur kulit binatang, manakala paderi-paderi akan memakai mahkota yang dibuat daripada dedaun yang tumbuh dari pokok suci.

Perkataan February mula muncul pada akhir abad ke-14. Ini membuktikan bahawa pengaruh kata pinjaman Latin lebih besar berbanding bahasa Inggeris kerana mereka lebih memilih untuk menggunakan bahasa pinjaman dari Latin berbanding Feverer yang digunakan oleh penutur bahasa Inggeris.

Sumber: Mentalfloss

Zahirah