Siakap Keli
Foto: Dailymail

Hampir 3 Juta Kucing Di Britain Alami Masalah Obesiti, Lebih 50 Ribu Derita Kencing Manis Sejak PKP

Satu kajian yang dijalankan mendapati lebih tiga juta ekor kucing di negara Britain mempunyai berat badan berlebihan dan lebih 50,000 ekor dikesan menghidap diabetes.

Menerusi tinjauan terbaharu yang dijalankan oleh organisasi Cats Protection, lebih dari satu perempat daripada 2,000 pemilik kucing yang ditinjau mengaku memberi makanan berlebihan kepada haiwan kesayangan mereka sejak perintah berkurung Covid-19 pada Mac 2020.

Pemilik-pemilik kucing obesiti ini boleh menghantar haiwan kesayangan mereka bagi menjalani ujian klinikal oleh Kolej Veterinar Diraja dengan harapan berat badan kucing akan turun dan sembuh dari diabetes melalui amalan diet yang ketat.

Dalam ujian klinikal tersebut, seekor kucing yang yang menyertai ujian tersebut dikatakan mempunyai berat badan seberat 12 kilogram dan disahkan menghidap diabetes.

Seorang pemilik kucing obes, Rachel Fortescue yang tinggal di perkampungan Frating, daerah Essex turut meletakkan kucing kesayangannya yang bernama Lester, penghidap Diabetes di pusat jagaan tersebut.

Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana kucing kesayangannya kembali gembira dan suka bermain seperti dahulu kerana penyakit obesiti dan diabetesnya telah hilang.

Difahamkan, pasukan Klinik Remisi Diabetik akan memberikan diet terapeutik kepada kucing yang mempunyai berat badan berlebihan supaya mereka boleh mendapatkan berat ideal.

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang