Kentang goreng atau french fries sering menjadi kudap-kudapan kegemaran rakyat Malaysia. Malah, bila berkunjung ke restoran makanan segera, salah satu menu sampingan yang dipesan tak lain tak bukan adalah kentang goreng.
Makanan ringan yang sering dipanggil fries ni bukan sahaja tersedia dalam menu restoran makanan segera, malah turut mudah didapati di pasaraya terdekat.
Namun begitu, kentang goreng yang terdapat di pasaran rata-ratanya mempunyai rasa yang sama. Tapi rasa kentang goreng biasa ni boleh jadi luar biasa dengan resepi ‘rahsia’ yang dikongsikan oleh wanita ini.
Melalui akaun TikTok Norfadilah Adnan, resepi mudah kentang goreng rasa ayam yang dibuatnya hanya menggunakan guna dua bahan je. Video ini sempat mendapat perhatian warganet sehingga ditonton lebih 400 ribu kali di TikTok setakat ini.
Nak tahu apa ‘rahsia’ kentang goreng rasa luar biasa akak ni, ikuti video penuh di bawah. Selamat mencuba!
@norfadilahadnan Kentang goreng luar biasa sedap 🥳
Sumber: TikTok Norfadilah Adnan