Siakap Keli
Kredit: Pixaby Via Indo Zone

Jangan Sakiti Hatinya, 5 Haiwan Ini Mampu Berdendam Kepada Sesiapa Sahaja

Perasaan sakit hati adalah lumrah bagi setiap manusia tidak mengira disebabkan oleh kata-kata mahupun perbuatan. Sakit hati biasanya akan berlarutan lantaran mampu menimbulkan luka yang sukar untuk disembuhkan.

Tapi tahu tak bukan manusia je yang mempunyai perasaan sakit hati. Rupa-rupanya terdapat juga haiwan yang simpan dendam jika hatinya disakiti.

Mengeksplorasi artikel dari Science Alert, sebuah kajian telah dijalankan untuk mengupas fakta bahawa burung gagak boleh menyimpan dendam.

Selain burung gagak, terdapat 5 lagi haiwan lain yang mampu menyimpan dendam jika di sakiti hatinya. Ikuti perkongsian di bawah.

1. Harimau

Kredit: Pixaby Via Indo Zone

Seperti yang sedia maklum, walaupun tidak disakiti, harimau mampu untuk menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya. Listverse melaoporkan, terdapat seorang pemburu Russia, Vladimir Markov pernah melukai seekor harimau Siberia pada tahun 1997.

Berang dengan apa yang dilakukan oleh Vladmir, sekumpulan harimau lain menyerang kem penginapan pemburu tersebut. Beliau bernasib baik kerana tidak berada di lokasi kem. Hanya barang-barangnya saja yang berjaya harimau-harimau tersebut rosakkan.

2. Anjing

Kredit: Pixaby Via Indo Zone

Dalam kajian jurnal yang diterbitkan oleh Universiti Penn State, anjing mampu menyimpan memori sesuatu kejadian dengan hanya dalam masa satu minit sahaja. Hal ini meliputi emosi secara spesifik sama ada negatif mahupun positif.

3. Sotong Kurita

Kredit: Pixaby Via Indo Zone

Sotong Kurita adalah satu-satunya haiwan laut yang mempunyai sifat dendam. Haiwan pintar ini akan membalas dendam ketika ia mempunyai kesempatan yang baik.

Pernah berlaku, seekor kurita yang diberi nama Truman hidup dalam akuarium di Boston. Menurut Indo Zone, ia menyimpan dendam pada salah seorang sukarelawan yang bekerja di akuarium tersebut.

Setiap kali mempunyai kesempatan, ia akan memancutkan air kepada wanita tersebut.

4. Unta

Kredit: Pixaby Via Indo Zone

Tidak perlu ragu lagi dengan perasaan dendam yang ada pada haiwan padang pasir ini. Malah ia mampu membahayakan nyawa jika perasaan dendam menguasai dirinya.

Pernah berlaku sebuah kisah bahawa seorang pemilik unta di India membiarkan untanya diikat di bawah sebatang pokok sepanjang hari. Ketika tersedar dan cuba untuk melepaskan untanya, unta tersebut kelihatan geram lalu menggigit kepalanya hingga tewas.

5. Burung gagak

Kredit: Pixaby Via Indo Zone

Seperti yang dijelaskan pada awal artikel, sebuah kajian cuba untuk mengupas seekor burung gagak yang mampu ingat wajah manusia yang menyakitinya.

Dalam sebuah kajian, penyelidik telah mendapatkan fakta bahawa jika diberi pilihan, burung gagak akan mendekati pawang yang melayannya dengan adil dan baik, bukan pawang yang tidak adil.

Sumber: Indo Zone

Faiz Mustafa