Siakap Keli

Pernah Jatuh Tersungkur Dan Dituduh Bankrup, Kisah Lelaki Ni ‘Bangkit’ Cetus Inspirasi

Gara-gara terkesan dengan ujian pandemik COVIC-19, usahawan terkenal bernama Chez Hamdan ini terpaksa menutup operasi salun rambutnya. Hal itu telah menyebabkannya mencabar dirinya supaya menjadi lebih serius dalam dunia perniagaan.

Bermula dengan menjual produk penjagaan rambut jenama orang lain, lelaki berusia 36 tahun itu kini optimis memasarkan jenama sendiri, Chez Professional.

Seiring dengan kehadiran tahun 2022, jenama yang mempunyai tujuh jenis produk merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut itu telah diberi ‘nafas baru’ dengan kualiti yang ditambah baik menerusi Chez Upgraded 22.

Chez Hamdan bersama rangkaian produk penjagaan rambut, Chez Professional yang ditambah baik ketika majlis Chez Upgraded 22 diadakan 29 Januari lalu

Malah serentak turut dilancarkan kempen #duitdijari tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko bagi mereka yang mahu menjana pendapatan sebagai ‘dropship’ dari rumah atau di mana mana saja. Usaha merekrut ahli agen elit juga berterusan.

“Kalau tak kerana pandemik ini, mungkin saya akan terus berada di zon selesa meneruskan operasi salun rambut. Saya mungkin masih berbelah bahagi biarpun sedar operasi perniagaan itu bagai telur di hujung tanduk.

“Kalau tak kerana pandemik ini juga mungkin saya tak berani mengambil keputusan atau membuat sesuatu yang berisiko. Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

“Saya pernah hampir  jatuh tersungkur, dituduh bankrup apabila tutup salun dan bagai hilang punca dua tahun lalu ketika awal pandemik menyerang. Tapi saya bingkas bangun semula. Rupa rupanya berniaga produk ini lebih buat saya ‘happy’. Yang nak tanya dan jadi agen dan ‘dropship’ boleh tekan https://linktr.ee/chezprofessionalhq,” katanya.

Tahun 2020 kata pemilik nama penuh Halimi Hamdan ini umpama satu turning point dalam hidup dan perniagaan.

“Saya mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian. Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri saya yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.

“Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.

“Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu… tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah… belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa,” katanya.

Pada awalnya, Chez melakukan segala kerja dari mengambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran.

“Hujung bulan pertama fasa awal pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya. Iya betul, saya mula fokus. Syarikat Chez Professional Sdn Bhd ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.

“Tahun lalu juga kita fokus penyelidikan dan pembangunan produk. Kita nak tambah baik mutu produk lebih premium. Kita mahu cipta fenomena,” katanya.

Rangkaian produknya dengan tagline ‘Your Home Your Saloon’ hadir dengan kualiti seperti membuat rawatan di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

“Setakat ini baru ada sekitar 60 agen. Sekarang nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik jadi agen. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini,” katanya yang bersemangat membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam tahun ini.

Majlis penambahbaikan kualiti produk itu diadakan di sebuah premis acara pada 29 Januari lalu.

Malah majlis ulang tahun ke 36 tahun Chez yang disambut pada 25 Januari turut diraikan pada acara itu.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.