Siakap Keli
Gambar: Google

Tak Mahu Anak Obses Dengan Teknologi, Ronaldo Dedah Tak Benarkan Anaknya Miliki Telefon Bimbit

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, mendedahkan bahawa dia masih tidak membenarkan anaknya iaitu Cristiano Jr memiliki telefon bimbit kerana tidak mahu dia ‘obses dengan teknologi’ pada usia muda.

Penyerang Portugal yang berusia 36 tahun itu ditemui ketika memberikan ucapan mengenai kesan teknologi di Plaza Al Wasl yang berlangsung di Dubai selepas merangkul anugerah Penjaring Terbanyak Sepanjang Masa Globe Soccer.

Dia mengakui bahawa generasi muda kini lebih arif dan berpengetahuan luas tentang gajet.

Dia berkata: “Sudah tentu ianya banyak membantu. Ia membantu saya dan orang-orang di sini, seluruh dunia, dan saya fikir kita perlu memanfaatkannya tetapi kita tidak sepatutnya obses dengannya.

“Sebagai contoh, saya boleh berikan sedikit gambaran. Anak sulung saya akan berusia 12 tahun tidak lama lagi dan dia selalu bertanya kepada saya, “Daddy, boleh saya miliki telefon, boleh saya ada telefon, boleh saya ada telefon.”

“Saya cakap kepadanya, “Cristiano, kamu mempunyai masa.(menggunakan telefon bimbit)”

“Saya juga tahu bahawa generasi muda kini selangkah lebih maju dari usia mereka jadi saya bersetuju bahawa kita perlu mengambil kesempatan daripada itu tetapi tidak perlu sehingga terlampau obses dengan teknologi.

“Bagi sahaja mereka tetapi dengan tempoh masa, bukan beri mereka sepanjang masa. Saya rasa itulah perkara utamanya di sini.”

Pada 2017, Ronaldo juga dilaporkan turut menolak permintaan anaknya untuk memiliki telefon bimbit dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu memberinya tanggapan bahawa mudah untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan.

“Ada satu hari itu, Junior meminta saya iPhone bagi memudahkannya untuk menghubungi saya, tetapi saya tidak menolaknya. Kalau dia nak hubungi saya, saya suruh dia menghubungi melalui nenek dia sahaja.

“Saya ingin menerapkan pemikiran kepada anak saya bahawa bukan mudah untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan. Pendidikan adalah perkara terbaik yang boleh saya berikan kepadanya,” ujarnya.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right