Siakap Keli
Gambar: memomedsos

(Video) Bertaruh Nyawa Demi Ilmu, Rakaman Murid Sekolah Ni Seberang Jambatan Rosak Tular Di Media Sosial

Murid-murid sekolah di Kampung Cisereuh, Desa Cimaragang, Kecamatan Cidaun, Indonesia dilaporkan terpaksa bertaruh nyawa setiap hari demi untuk menuntut ilmu di sekolah.

Ianya kerana, mereka difahamkan harus melalui sebuah jambatan gantung yang telah rosak dan terletak betul-betul di atas sebatang sungai yang mempunyai aliran arus yang agak deras di bawahnya.

Satu video yang memaparkan seorang gadis difahamkan dalam perjalanan untuk ke sekolah sedang melintasi jambatan gantung itu menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @memomedsos itu, dapat dilihat bahawa jambatan itu kelihatan senget dengan sebahagian daripada kayu pemijaknya telah hilang.

Walaupun begitu, tidak ada sedikit rasa takut pun yang dilihat terpancar pada wajah gadis itu. Selangkah demi selangkah sambil berpegang pada tali jambatan, dia akhirnya selamat menyeberangi jambatan itu.

Penghulu Mukim Cidaun Herlan Iskandar mengesahkan video kejadian berkenaan jambatan yang tular di media sosial itu.

Menurut Herlan, jambatan itu sering digunakan oleh golongan semua golongan umur. Jelasnya, jambatan itu sering dibaiki oleh penduduk. Namun, atas faktor alam, ianya sering mengalami kerosakan.

“Keadaan jambatan itu memang sama seperti dalam video tersebut. Jambatan itu kadangkala diperbaiki oleh penduduk menggunakan alatan dan bahan sementara,” katanya.

Tambahnya, jambatan tersebut merupakan laluan penghubung antara Desa Cisereuh, Desa Cimaragang, Kecamatan Cidaun, dan Desa Cikarang, Kecamatan Cisewu, Garut.

“Sebilangan murid sekolah, dan penduduk Garut serta Cidaun menggunakan laluan itu untuk ke sekolah, menjual hasil tanaman dan tujuan lain,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: sukoharjoupdate.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.