Siakap Keli
Gambar: Twitter, Bernama

(Video) Gempar, Kejadian Ribut Dan Puting Beliung Badai Beberapa Kawasan Di Ipoh Petang Tadi

Gempar di media sosial sebentar tadi berkenaan kejadian ribut dan puting beliung yang membadai beberapa kawasan di negeri Perak.

Menurut seorang pengguna Twitter bernama @mutalibuthman ini, ribut itu dipercayai berlaku di Taman Bertuah, Taman Tasek Damai, Taman Lim dan Kampung Tawas.

Dapat dilihat bahawa ribut tersebut telah membuatkan rumah serta harta benda orang awam rosak teruk akibat ditiup oleh ribut berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kerugian serta adakah ada kecederaan mahupun kemalangan jiwa yang terjadi akibat daripada kejadian tersebut.

Berikut adalah foto serta video berkenaan kejadian ribut yang terjadi di Perak petang tadi:

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.