Siakap Keli

Cawangan Ke-800 MR.D.I.Y Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2022 Berita baik untuk penduduk di sekitar Bukit Jalil – barangan keperluan harian “Always Low Prices” kini boleh didapati berhampiran mereka dengan pembukaan cawangan ke-800 MR. D.I.Y. di Pavilion Bukit Jalil, pastinya tumpuan terkini komuniti di Bukit Jalil.

Cawangan terbaharu peruncit perkakas rumah itu menempatkan ruang seluas 18,000 kaki persegi dan menampilkan kira-kira 18,000 produk dalam lima kategori utama (perkakasan, keperluan rumah dan perhiasan, peralatan elektrik, alat tulis serta peralatan sukan), yang menyediakan pilihan yang luas dan pelbagai kepada pelanggan dalam suasana membeli-belah yang selesa. Selain itu, cawangan tersebut juga mempunyai format kedai-dalam-kedai untuk MR. TOY, yang menawarkan pelanggan barangan permainan yang memberi lebih nilai untuk wang seiring dengan slogannya ‘Always Low Prices, Always Fun’.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh ketika mengumumkan pembukaan cawangan tersebut berkata, “Kami amat teruja untuk membuka cawangan ke-800 MR. D.I.Y. di lokasi tarikan gaya hidup baharu di Pavilion Bukit Jalil ini. Ia merupakan pencapaian yang bermakna buat jenama kami, dan kami amat gembira kerana dapat meraikannya dengan pembukaan sebuah cawangan mega yang menampilkan kesemua tawaran terbaik MR D.I.Y. termasuk rangkaian produk MR. TOY. 

“Kami telah membuka cawangan pertama kami pada tahun 2005 di sebuah lot kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan kini, 17 tahun kemudian, kami meraikan pembukaan cawangan yang ke-800. Segala kejayaan dan pencapaian kami adalah hasil sokongan berterusan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat, serta lebih 11,000 kakitangan kami di seluruh negara. Bagi pihak MR D.I.Y. Group, terima kasih kerana andalah yang telah mencorakkan kisah kejayaan kami seperti hari ini. Yakinlah bahawa kami akan terus berusaha menepati janji “Always Low Prices” kami dengan cara yang baharu dan menarik,” tambah Goh.

Sekian lama menjadi tradisi di MR D.I.Y., peruncit tersebut akan meraikan pembukaan cawangan itu dengan pelbagai aktiviti dan promosi di cawangan baharu tersebut bermula 28 hingga 30 Januari 2022.

Para pelanggan yang membelanjakan lebih RM80 dalam satu resit akan layak mengambil bahagian dalam ‘Shopping Spree’, di mana mereka berpeluang untuk memutar ‘Wheel of Weapons’ atau bermain ‘Climbing Ball Challenge’ untuk memenangi baucar tunai MR D.I.Y. dan MR. DOLLAR. Selain itu, terdapat juga penstriman secara langsung yang interaktif di Facebook, di mana pelanggan berpeluang memenangi baucar tunai MR D.I.Y.

800 pelanggan pertama yang mengunjungi cawangan tersebut dan membelanjakan minimum RM40 sehari sepanjang acara pembukaan selama tiga hari tersebut juga layak membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif seperti botol air atau payung MR D.I.Y., sementara stok masih ada.

Selain program istimewa pembukaan cawangan ke-800nya, pelanggan MR D.I.Y. di seluruh negara akan dapat menikmati inisiatif “Price Lock: Harga Kami Tetap Sama”, iaitu komitmen peruncit tersebut untuk mengekalkan harga produk-produk di MR. D.I.Y., MR. DOLLAR dan  MR. TOY sehingga 31 Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosial di, Facebook dan Instagram.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa