Siakap Keli
Gambar: Google

Lepas Jadi Bilionair Hasil Daripada Jual Gambar ‘Selfie’, Pemuda Akui Ramai Wanita Cuba Dekatinya

Seorang pemuda bernama Ghozali, pemilik akaun OpenSea Ghozali Everyday, telah menarik perhatian ramai apabila gambar swafotonya berjaya dijual dengan harga 1.5 bilion Rupiah atau kira-kira RM438 ribu.

Ghozali dilaporkan telah menjual koleksi swafotonya dari tahun 2017 hingga 2021 sebagai produk Non Fungible Token (NFT) di OpenSea.

Selain secara tiba-tiba bergelar bilionair pada usia muda, kisah Ghozali juga turut menjadi tular di media sosial sehingga dikenali ramai orang.

Semasa menghadiri sesi podcast TS Media, Ghozali mengakui bahawa dirinya kini sering dikejar oleh para wanita yang tidak terkira ramainya.

“Ramai,” kata Ghozali ketika ditanya oleh Melaney Ricardo tentang berapa ramai wanita yang secara tiba-tiba cuba untuk mendekatinya.

“Ramai yang menulis kepada saya,” lanjut Ghozali.

Walaupun begitu, Ghozali mengakui bahawa dia tidak pernah membalas satu pun mesej daripada wanita-wanita berkenaan.

Sebabnya, kata Ghozali, dia merasakan bahawa dia sudah tahu niat wanita-wanita itu mendekatinya.

Menurut Ghozali, sehingga kini koleksi gambar swafotonya telah dijual kepada 2,000 orang di OpenSea.

Hasil keuntungan daripada gambar swafotonya kini telah mencecah 1.5 bilion Rupiah atau kira-kira RM438 ribu.

Sumber: Kompas.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.