Siakap Keli
Gambar: Eurosport

Man United Sahkan Mason Greenwood Tidak Akan Bermain Serta Berlatih Sehingga Diberitahu Kelak

Bintang bola sepak pasukan Manchester United, Mason Greenwood dilaporkan tidak akan bermain serta berlatih untuk Manchester United sehingga diberitahu kelak.

Perkara tersebut telah disahkan oleh seorang wartawan sukan bernama Fabrizio Romano melalui akaun Twitter rasminya dengan memetik kenyataan rasmi daripada kelab gergasi itu.

Menurut portal Manchester Evening News, penyerang itu telah didakwa menyerang seorang wanita. Video, foto serta rakaman audio berkenaan kejadian itu dilaporkan telah dikongsikan di akaun Instagram wanita tersebut namun sudah dipadamkan.

Pemain yang berusia 20 tahun itu telah membuat penampilan pertama bersama dengan Manchester United pada Mac 2019 dan menandatangani kontrak jangka panjang baharu pada Januari tahun lalu.

Setakat ini, dia telah bermain sebanyak 129 kali dan menjaringkan 35 gol untuk kelab itu.

Sumber: Fabrizio Romano/Manchester Evening News

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.