Bercakap soal beristeri dua atau dimadukan, yang terlintas dalam fikiran adalah ‘payung emas’. Contohnya, “Awak tak nak ke payung emas?”. Tapi sejauh manakah kebenaran hal tersebut?
Menerusi akaun Twitter mantan Menteri Agama Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau kongsikan dengan lebih terperinci mengenai hadis tersebut. Mari sama-sama kita fahamkan perkara disebalik hal ini.
Dr. Zulkifli menjawab persoalan di bawah ini (gambar) menerusi satu bebenang di Twitternya. Berikut di bawah adalah penjelasannya. Jom ikuti perkongsiannya. Semoga bermanfaat!
Kahwin dua @ poligami dapat payung emas?
1. Tidak ada payung emas mahupun free gift payung. Ia hadith palsu.
2. Jika seorang wanita solat 5 waktu, puasa Ramadan, pelihara kemaluan dan ta’at kpd suaminya, Nabi kata masuklah ke syurga melalui pintu yang dikehendaki. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]
3. Apa itu sunnah?
ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير أو صفة خُلُقية أو خَلقية
Maksudnya; “Apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi SAW dariapda jenis perkataan, perbuatan, iqrar (persetujuan) dan sifat, sama ada berbentuk akhlaq ataupun fizikal.”
4. Hukum bagi sesuatu juga perlu dilihat daripada aspek sebab dan illahnya. Kaedah mengatakan:
أحكام الشارع معللة بالأسباب مرتبطة بالمصالح
Maksudnya: Hukum-hukum syarak itu menjadi ‘illah dengan sebab-sebab, diikat dengan maslahat-maslahat.
5. Tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ianya sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.
6. Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi. “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.” (Surah al-Nisa’, 4:3)
7. Hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram. Tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.
8. Berbincang dengan baik, beri nasihat, dan pandangan, demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan juga anak-anak.
7. Sikap sebagai Muslim adalah kita tak menentang sebarang syariat Allah yg pasti ada keperluan dan hikmah dalam keadaan tertentu. Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain.