Siakap Keli
Kredit : Fauzi Maulud via Tukang Apa Hari Ini

Abang Tukang Kongsi Cara Pasang Penyangkut Baju Guna ‘Laser’, Lagi Tepat Nak ‘Marking’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masuk sahaja ke DIY atau IKEA, tak menang tangan dibuatnya. Reka bentuk perabot yang mudah dan minimalist menjadi tumpuan bagi setiap isi rumah. Murah dan cantik, itulah fokus utama.

Namun, setiap barangan yang dibeli ada cara pemasangan tersendiri. Walaupun hanya tebuk dan drill, tetapi ada kalanya boleh jadi senget dan tak berfungsi dengan baik. Terutamanya, penyangkut baju.

Bukan setakat senget sahaja, kalau salah pasang memang tak boleh guna terus. Jadi, apakah cara yang mudah untuk pasang penyangkut baju tersebut?

Menerusi perkongsian daripada laman Facebook rasmi Tukang Apa Hari Ini, lelaki ini ada berkongsikan cara untuk memasang penyangkut baju IKEA dengan mudah.

Abang Tukang Kongsi Cara Pasang Penyangkut Baju Guna ‘Laser’, Lagi Tepat & Kukuh

Kredit : Fauzi Maulud via Tukang Apa Hari Ini

Hari ni share sikit job pasang penyangkut baju IKEA. Disebabkan memang minat dengan cordless tools. Job simple pun saya keluarkan ‘mainan’ yang biasa lepak dalam stor. Kih kih

1. Laser tu saje drama guna bagi level penyangkut baju. Sangat mudah nak set marking untuk tebuk. Sebenarnya sangat banyak kegunaan laser ni. Mudah nak setup dan pastikan level.  Laser ni ada 3 plane. Saya guna satu je plane dia. Range harga ikut jenama. Kalau jiran-jiran ada pinjam je,  bukan selalu nak guna melainkan kontraktor.

2. Tool Hikoki hijau tu 18 rotary hammer drill. Job tebuk dinding simen memang nak mudah guna jenis rotary hammer drill. Brand apa-apa pun tak kisah. Saya suka yang kecik-kecik. Ringan.

3. Untuk pasang skrew boleh pilih drill driver/impact driver. Saya guna ni model Hikoki 36V Impact Driver. Tool macam hammer drill/drill driver ni wajib ada setiap rumah. Mudah nak pasang skrew. Elok beli jenis cordless.

Untuk memastikan penyangkut ni kukuh lekat kat dinding, saya guna wall plug 8 mm. Skrew pun yang sado sikit bagi kukuh.

Kredit : Fauzi Maulud via Tukang Apa Hari Ini

Sumber : Fauzi Maulud via Tukang Apa Hari Ini

Fathin Nadzira