Siakap Keli
Gambar via Instagram

(Video) Tak Rela Dimadukan, Isteri Nekad Robohkan Rumah Mewah & Tuntut Cerai Lepas Tahu Suaminya Curang

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan sebuah rumah tangga yang damai tanpa pertelingkahan.

Pun begitu, realiti kehidupan kadang kala bertolak belakang dengan apa yang kita impikan. Sama juga dengan wanita dari Ponorogo, Indonesia ini.

Mendakwa bahawa sang suami bermain kayu tiga di belakangnya dan hendak menikahi perempuan lain, wanita ini telah bertindak merobohkan rumah mewah yang sebelumnya dihuni bersama lelaki berkenaan.

Kejadian pemusnahan rumah ini sempat dirakam warga sekitar. Dalam video tersebut, dapat dilihat sebuah jengkaut memecahkan bahagian-bahagian rumah berkenaan. Lapor iNews.id, insiden merobohkan rumah mewah bernilai 300 juta Rupiah atau kira-kira RM87 ribu itu dilakukan semalam dan dilanjutkan sehingga pagi tadi.

Menurut iNews.id, wanita berkenaan merupakan pengusaha berjaya yang sebelumnya menjalankan perniagaan telur masin bersama suaminya.

Rumah mewah itu dibangunkan olehnya bersama suami, hasil titik peluh mengusahakan perniagaan tersebut. Namun tak disangka-sangka, suaminya berlaku curang sejak dua tahun lalu.

“Kami sudah berpisah kerana orang ketiga. Buat apa lagi rumah ini. Apatah lagi sebahagian besar rumah ini juga hasil titik peluh saya,” kata wanita berkenaan memetik laporan iNews.id.

Tidak mahu dirinya dimadu, wanita tersebut turut menuntut cerai terhadap si suami kira-kira sebulan lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: iNews.id

Eyla Azri