Siakap Keli
Gambar via Instagram

Netizen Kecoh, Mesut Ozil Muat Naik Gambar Berlatar Belakang Masjid Ubudiah Di Kuala Kangsar

Mesut Özil bukanlah satu nama asing, terutamanya bagi peminat sukan bola sepak antarabangsa.

Hari ini, bintang bola sepak dunia tersebut serta-merta menjadi tumpuan netizen Malaysia setelah beliau memuat naik gambar karikatur dirinya dengan latar belakang Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di laman Instagram.

Hantaran tersebut turut disertai dengan tag lokasi Masjid Ubudiah. Gambar yang baru dimuatnaik beberapa jam lalu itu telah meraih lebih setengah juta tanda suka di Instagram dan turut dibanjiri komen warga Malaysia.

“Ya Allah, aku percayakanMu dengan masa silamku. Aku percayakanMu dengan masa hadapanku. Aku percayakanMu hari ini, esok dan selama-lamanya. Jumaat Mubarak,” tulis pemain asal Jerman itu di ruangan caption.

Sebelum ini, Özil juga pernah memuatnaik gambar dirinya menadah tangan berlatar belakang gambar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di laman Instagram pada Mac tahun lalu.

Özil merupakan salah seorang bintang bola sepak antarabangsa beragama Islam yang kini memegang gelaran kapten dan pemain penyerang untuk kelab bola sepak Turki, Fenerbahçe S. K.

Sumber: Instagram Mesut Özil 

Eyla Azri