Siakap Keli

(Video) Seram, Google Earth Rakam Kelibat Sosok Seakan Bayang-Bayang Makhluk Asing Di Bumi

Penemuan aneh lagi misteri bukanlah perkara yang janggal lagi buat masa ini. Seperti yang kita dapat lihat, kerap kali video pelik yang akan tular setiap hari, minggu mahupun setiap bulan, pasti ada.

Terbaru, aneh dan dalam masa yang ia menyeramkan, menerusi akaun Tiktok Google Earth, ia berjaya merakam sebentuk bayang-bayang yang menyerupai alien di bumi.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan sosok bayang-bayang yang seakan-akan tubuh manusia namun mempunyai bentuk yang aneh di bahagian kepala. Dalam video tersebut kepala bayang-bayang tersebut agak kecil jika dibandingkan dengan manusia.

Untuk lebih terperinci dan jelas, korang boleh tonton video di bawah.

@hidden.on.google.earth

what is this ? #hiddenongoogleearth #googleearth #googlemaps #viral #streetview #trending #wtf #creepy #scary #alien

♬ maribou state tongue slowed – Angelica Basso

Sumber: Tiktok Hidden On Google Earth

Faiz Mustafa