Mungkin ramai di antara kita tertanya-tanya kenapa ada bunyi mercun lewat malam hari ini, padahal sambutan Tahun Baru Cina sudah pun seminggu berlalu.
Menerusi satu kiriman daripada salah seorang ahli grup Facebook dari penduduk Bukit Sentosa/ Beruntung memaklumkan bahawa malam ini merupakan malam untuk kaum Cina menjalani upacara keagaaman iaitu bersembahyang dan membakar mercun dikatakan untuk menjemput Tuhan mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Julia Goh Phaik Bee memohon maaf jikalau ada yang terasa terganggu dengan bunyian mercun yang kuat.
“Kepada semua warga BSBR, saya ingin memberitahu bahawa malam ini, kita kaum Cina akan sembahyang dan membakar mercun pada tengah malam untuk menjemput tuhan kita. Saya meminta maaf kalau terganggu malam ni. Harap segala salah silap dimaafkan. Terima kasih semua.”
Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat komen positif daripada ahli kumpulan laman sosial itu yang terdiri daripada penduduk di kawasan berkenaan.
“Tak bagitahu pun kami faham”
“Tiada halangan asalkan mengikut SOP…”
“Enjoy your nite”
“Macam ni la Malaysia ku”
Sumber: Julia Goh Phaik Bee