Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan via Google

“Baju Dia Putih, Tapi Macam….” Hilang Kata-kata Lepas Pontianak Muncul Depan Mata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak kecil, kita selalu didedahkan dengan pelbagai jenis hantu oleh orang-orang tua dulu. Lebih-lebih lagi ketika kita seronok bermain sehingga tidak sedar hari sudah mula senja. Ketika inilah, nenek atau atuk kita menakut-nakut cucu-cucunya dengan pelbagai jenis hantu.

Menerusi perkongsian oleh Naziri Frijand Ali di laman Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia, beliau baru-baru ini menceritakan pengalaman pertama kali bertemu dengan hantu yang tidak asing lagi di bumi Nusantara, iaitu pontianak.

Ikuti kisah seram yang dikongsikan oleh beliau di bawah ni.

NAK DENGAR CERITA KAN?

Akak ni duduk kampung dulu bandar diraja. Kawasan rumah akak memang kawasan penempatan awal, maknanya kawasan yang bermakam makam dan penuh dengan pokok tembusu yang besar-besar redup tu.

Rumah akak dulu daif mak ibu tunggal dan rumah kami ada satu bilik saja. Tandas kat luar. Kalau nak pergi tandas kena keluar dari pintu dapur jalan dalam 3-4 meter macam tu baru sampai tandas / bilik mandi.

Sebelah dapur rumah mak akak ada satu rumah pakcik ni dia kerja tebang pokok. Dijadikan cerita satu malam dalam pukul 2:30 pagi akak dengar rumah belakang (rumah pakcik tu) macam bergegar gegar. Akak dengar juga dia menjerit jerit.

Akak dengar jelas sebab akak ni tidur di dapur, rumah orang susah. Tidur katil 2 tingkat taruk tepi pintu dapur, akak tidur belah atas dan kat bahagian kepala akak tu ada lubang besar kitaorang taruk mesin pump air kat situ. Jadi akak kalau baring memang boleh nampak bintang dan langit dari lubang tu, iu yang dengar jelas sebab tak jauh mana dari rumah pakcik tu. 

Rasa tak sedap hati akak pon turun katil pergi keluar dapur turun tangga dan duduk mencangkong kat tanah. Intai bawah rumah pakcik tu. Sebab tadi dengar dia macam bergaduh dan begegar-gegar rumah dia.

Bila akak keluar dalam tengah gelap malam tu, dah tak ada bunyi bising, tak ada dah bunyi orang menjerit-jerit. Senyap sunyi je, akak mencangkong intai bawah rumah tu cari-cari kot kot ada perompak ke ada anak dia buat hal ke. Lama juga akak mencangkong intai bawah rumah tu sampai tetiba akak dengar bunyi macam burung merpati terbang tapi kuat, macam benda terbang cam tu.

Dengar bunyi dari atas, akak pun bangun, sekali dengan akak bangun tu ada sorang perempuan turun dari atap rumah pakcik tu bebetol depan akak. Dalam 1-2 meter ja dari akak.

Perempuan tu rambut dia panjang meleret sampai ke tanah. Baju dia putih tapi macam kekuningan dah (lusuh). Muka tak nampak tertutup dengan rambut tapi akak boleh perasan yang dia pandang akak. Nampak jelas mata dia merah saga macam tu. Akak punya lah takut sampai tak boleh cakap tak boleh gerak.

Lama akak tak boleh bergerak dia duduk berdiri depan akak tak bergerak. Akak baca ayat Kursi asyik salah. Dia tak lari pun, tetiba teringat ayat yang arwah atok ajar baca kalau nampak benda, akak pun baca, lepas baca kaki mula boleh melangkah. Berdebar jangan cakap, sambil ketar tu, akak ‘slow slow’ undur dan jalan masuk dalam rumah.

Masuk kunci pintu dan baring sebelah adik akak (katil 2 tingkat) sebab perempuan tu dia turun betul-betul belah luar dari tempat akak tidur tu. Badan menggigil, nak pergi bilik mak takut apa-apa jadi pada adik akak pulak. Takut dia masuk ikut lubang tu, nasib baik dia tak masuk.

Tak lepastu, dengar bunyi dia terbang. Rambut meleret atas atap zink rumah dan dengar dari jauh anjing menyalak sayup sayuppp tu. Tak boleh tidur masa tu, tunggu sampai mak bangun.

Tak lama lepas tu mak akak bangun (dalam kol 3:30 pagi) sebab mak nak pergi berniaga pukul empat. Akak cakap kat mak jangan niagalah mak, Eja baru nampak perempuan turun dari umah Paklong (pakcik belakang umah tu) mak pon takut tak jadi pergi niaga.

Dekat pukul 7 pagi mak pergi rumah Paklong tadi tanya kenapa bising malam tadi. Mak kata akak keluar rumah nampak ada perempuan turun dari atap.

Paklong cakap yang tu pontianak yang huni pokok yang dia tebang. Pontianak tu mengamok sebab paklong kacau rumah dia. Jadi itu lah first time akak jumpa pontianak.

Sumber: Nazira Frijand Ali

Faiz Mustafa