Tiga orang bintang Running Man, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, dan Yang Se Chan telah disahkan positif COVID-19 pada 10 dan 11 Februari.
Menurut laporan Soompi, Kim Jong Kook dan Yang Se Chan terdahulu menerima keputusan ujian mereka dan diikuti oleh Ji Suk Jin keesokan harinya.
Turbo JK Company agensi Kim Jong Kook dan SM C&C agensi Yang Se Chan telah mengeluarkan penyataan rasmi yang menyatakan kedua-dua bintang tersebut telah disahkan positif pada hari semalam.
Kedua-dua mereka telah lengkap menerima dua dos vaksin dan menurut agensi Yang Se Chan dia tidak memiliki sebarang simptom buat masa kini manakala Kim Jong Kook menghidap demam ringan pada 9 Februari.
Kemudian pada Februari 11, agensi Ji Suk Jin turut mengeluarkan sebuah pernyataan rasmi untuk memaklumkan peminat bahawa pelawak terkenal tersebut telah disahkan positif virus COVID-19.
Menurut agensinya, bintang terkenal tersebut telah lengkap menerima dua dos vaksin dan tidak mempunyai sebarang simptom lain selain sakit kepala buat masa ini.
Sementara itu, ahli Running Man yang lain, Yoo Jae Suk, HaHa, Song Ji Hyo, dan Jun So Min telah disahkan negatif.
Sumber: Soompi