Siakap Keli
Gambar : Cosmopolitan Philipines

Bangunan Sekolah Dalam Siri Drama Netflix Popular ‘All Of Us Dead’ Hanya Dibina Untuk Siri Ini

Memang tidak dapat dinafikan bahawa siri drama popular All Of Us Are Dead mendapat sambutan daripada penonton di Netflix apabila berjaya mengungguli carta teratas bukan sahaja di Filipina, malah di negara lain juga.

Disebalik siri drama terkenal ini, ada sesuatu yang sangat mengejutkan terungkap apabila bangunan sekolah tersebut hanya dibina khas untuk siri ini sahaja.

Berdasarkan laporan, drama tersebut merupakan siri yang diadaptasi daripada webtoon dan berkisarkan mengenai kelangsungan hidup sekumpulan pelajar berhadapan dengan zombi.

Gambar : Cosmopolitan Philipines

Tidak seperti cerita bertemakan zombi yang lain, rancangan ini hanya memfokuskan kepada golongan remaja dan berlatar belakangkan sebuah kampus sekolah.

Walaupun sebahagiannya ada memaparkan adegan di kawasan kejiranan, namun secara keseluruhannya merakamkan situasi di sebuah akademi.

Ia dikatakan menjadi asas dan peranan penting berkenaan wabak virus zombi sehingga tamat persembahan.

Bangunan Sekolah Tinggi Hyosan, sekolah yang dipaparkan dalam siri All Of Us Are Dead telah dibina khas untuk siri ini sahaja.

Gambar : Youtube The Swoon
Gambar : Youtube Netflix Korea

Menurut pengarah Lee Jae gyu, matlamatnya bukanlah hanya sebagai hiburan, tetapi juga untuk merangsang pemikiran penonton jika berada dalam situasi berikut.

Jelasnya lagi, untuk mencapai matlamat tersebut, pihak produksi memerlukan ruang dan meneliti berkenaan pencahayaan dan warna. Oleh sebab it, mereka membuat keputusan untuk membina set tersebut.

Semasa sidang akhbar, pengarah Lee Jae Gyu turut menyebut tentang kepentngan lokasi penggambaraan dalam genre ini.

Tekannya, sekolah itu sendiri dikatakan sebagai ahli pelakon utama.

Gambar : Youtube The Swoon
Gambar : Youtube The Swoon
Gambar : Youtube The Swoon

“Terdapat banyak darah dan itulah sebabnya kami memerlukan set sendiri. Pada dasarnya, set tersebut kelihatan seperti sekolah empat tingkat.”

“Rasanya sama seperti berada di sekolah tetapi sekolah yang suram,” katanya.

Usaha yang dilakukan untuk menghidupkan watak dalam drama webtoon ini amat berbaloi apabila menduduki carta pertama dalam senarai Top 10 dalam siri Netflix.

Sumber : Cosmopolitan Philipines

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.