Bila sebut mengenai perkahwinan, perkara pertama di fikiran adalah kewangan perlu mencukupi untuk semua perkara. Yelah, pada hari persandingan kita, mestilah nak yang terbaik bukan?
Tidak dinafikan untuk menjadikan ianya terbaik, kedua-dua belah pihak perlu bertolak ansur dalam segala hal. Salah satunya dari segi duit hantaran.
Ada sesetengah pihak yang tidak mengambil duit hantaran, cukup dengan duit mas kahwin sahaja. Tetapi sebenarnya duit hantaran ini bukanlah sebagai beban bagi pihak lelaki, ia cuma sebagai tanda menghargai wanita tersebut.
Sama seperti yang dibincangkan oleh anak dan bapa ini menerusi laman Twitter Eymahana tentang duit hantaran dari pihak lelaki.
“Biarlah seorang lelaki tu rasa susah payah nak kumpul duit hantaran, macam ayah susah payah besarkan anak ayah…”
“Memanglah time bercinta, kau tengok dia susah nak cari duit kau cakap… Takpelah takyah hantaran”.
Jangan cakap mcmni, jangan buat keputusan time Happy or time sedih. Benda ni kena fikir panjang, nanti kalau gaduh benda ni yang akan diungkit.
Ayah tak nak anak ayah ni orang ingat takde harga diri, ayah seperti menatang minyak yang penuh jaga kau, didik kau. Jangan sebab seorang lelaki, kau biarkan dia ambil kau dari ayah tanpa ada nilai.
Hantaran ni kira hadiah dari pihak lelaki untuk kau, nak tolong bole, asal jangan makan diri.
So conclusionnya, duit hantaran kalau tinggi, laki dan perempuan carilah sama-sama, tambah mana yang patut. Bak kata ayah I, nak tolong boleh tapi jangan sampai makan diri.
Sumber: Eymahana