Siakap Keli
Kredit: mahanommohammad.com & via Google

Bekas Kontraktor Bongkar 10 Perkara Yang Kebanyakan Kontraktor Taknak Anda Tahu Selama Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika sebut tentang pembinaan, sudah tentu kontraktorlah yang kita akan cari. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merancang untuk membina atau merenovasi rumah, mesti akan cari kontraktor yang boleh menawarkan servis yang bagus.

Bagi mereka yang memiliki rumah sendiri, ada masanya suka melakukan pengubahsuaian atau penambahan kepada kediaman mereka mengikut cita rasa masing-masing. Oleh itu, mereka akan mencari kontraktor yang boleh menawarkan khidmat untuk melakukan renovasi itu.

Kontraktor dapat didefinisikan sebagai orang yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian yang tergambar oleh tuan rumah yang mempunyai design rumah atau bahagian rumah yang ingin direka sendiri.

Bila anda dah lantik kontraktor, semua perkara anda akan berurusan dengan dia. Kita sangkakan semua perkara tersebut sudah didedahkan oleh kontraktor, ternyata tidak. Ada juga beberapa perkara yang ternyata kontraktor tidak mahu anda tahu.

Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter Mahanom Mohammad yang merupakan seorang kontraktor, beliau ada kongsikan 10 perkara yang kebanyakan kontraktor anda tidak mahu anda tahu.

Menurut Mahanom Mohammad, dia sering kali diajukan dengan pelbagai aduan daripada pemilik rumah yang mendakwa bahawa rumah mereka sering terbengkalai, mempunyai masalah dan pernah ditipu oleh kontraktor.

Hasil daripada aduan-aduan yang diterimanya itu, Mahanom Mohammad kembali dengan berkongsikan perkara-perkara yang menyebabkan pemilik rumah tersalah memilik kontraktor akibat daripada kecuaian tertentu.

Kecuaian-kecuaian itu disatukan dan dikongsikan melalui laman Twitter rasmi milik Mahanom Mohammad. Jom baca perkongsiannya di bawah ini.

10 benda yang kontraktor anda tak mahu anda tahu mengenai mereka

1. Latarbelakang perniagaannya

Siapa yang pernah mereka tipu. Rumah siapa yang mereka buat sampai terbengkalai. Kes-kes saman pelanggan lama terhadapnya.

2. Anda dapat setimpal harga

Bayar murah memang sah-sah akan dapat barang murah juga. Beri harga murah bukan kerana mahu rugi, tapi kerana mahu close deal.

3. Perletakan harga pukal

Mereka sengaja meletakkan harga pukal supaya anda tidak tahu apakah perincian kerja dan kaedah binaan yang bakal dilakukan.

4. Tanggungjawab membina akan diberikan kepada tukang-tukang dan para subkontraktor

Mereka melepaskan semua tanggungjawab membina kepada tukang-tukang dan subkontraktornya. Tanpa tahu sama ada segala kerja-kerja tukang dan subkontraktornya mematuhi piawaian industri atau akan memberikan masalah kemudian hari.

5. Upah pekerja atau subkontraktor tidak akan dibayar lagi walaupun sudah menerima bayaran anda

Mereka tidak membayar upah pekerja atau subkontraktornya walaupun telah menerima bayaran dari anda. Akhirnya pekerja akan lari atau subkontraktornya akan berhenti bekerja meninggalkan rumah anda hingga terbengkalai begitu sahaja.

6. Jangan ubah apa-apa yang telah diberikan harga

Anda tidak patut mengubah apa-apa yang telah diberi harga atau struktur yang telah dibinanya, kerana sebarang perubahan adalah dikira pertambahan kerja dan akan menyebabkan kos anda bertambah akhirnya.

7. Bahan binaan yang digunakan murah & tidak setanding apa yang anda bayar

Mereka menggunakan bahan binaan yang murah tidak setanding apa yang anda bayar. Ada yang lansung tidak menepati piawaian industri.

8. Rumah anda berisiko bocor dan retak

Rumah anda berisiko bocor dan retak kerana mereka tidak membina mengikut piawaian kejuruteraan yang betul.

9. Rumah anda berisiko dirobohkan

Rumah anda berisiko dirobohkan kerana tidak mendapat kelulusan dari Majlis. Mereka pun main ‘agak-agak’ rumah anda tak perlu dapat kelulusan. Sebaiknya sebagai pemilik, anda sendiri mendapatkan maklumat rasmi dari Majlis apa yang boleh, dan apa yang tidak.

10. Rumah anda tidak akan mendapat CCC (Certificate Completion And Compliance)

Rumah anda tidak akan mendapat CCC apabila PSP tidak datang melawat tapak bagi memastikan kerja-kerja kontraktor itu mematuhi pelan yang diluluskan.

Pemilik rumah, ambil tahu proses membina. Elak rugi beratus ribu bila cuai memilih kontraktor.

Tambah perkongsian, anda juga boleh mencari mengenai aduan-aduan yang pernah dikemukakan oleh pelanggan dalam laman CIDB, media sosial dan juga melalui carian Google.

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh menyertai seberapa banyak Facebook komuniti yang dibangunkan oleh mangsa-mangsa mereka melalui laman ini.

“Kita boleh buat carian mengenai aduan-aduan yang pernah dikemukakan pelanggan dalam CIDB, media sosial serta google search.

“Kita juga boleh join banyak fb komuniti yang dibangunkan oleh mangsa-mangsa mereka,” tulis Mahanom Mohammad menerusi perkongsian itu.

Sumber: Mahanom Mohammad

 

Nadhirah