Siakap Keli
Gambar Via Livescience

Dianggap Berperangai Teruk & Tak Jaga Anak, Ini Kebenaran Tentang Burung Cuckoo

Setiap jenis burung mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan dikurniakan dengan keunikan yang membantu mereka untuk terus hidup di dalam habitat hidupan liar.

Bagaimanapun, sesetengah burung juga mempunyai tingkah laku yang digambarkan sebagai ‘mengerikan’ dan tidak pernah dijangka oleh manusia. Seperti burung Cuculus Canorus atau dikenali sebagai cuckoo ini yang dinilai sebagai burung yang sangat teruk.

Burung cuckoo berkait rapat dengan kedatangan musim bunga di Britain dan ketibaannya dari kawasan musim sejuk Afrika telah direkodkan pada pertengahan abad ke-20.

Pun begitu, haiwan itu juga sebenarnya boleh berubah menjadi burung ‘helang’ dan kembali semula ke habitatnya setelah sekian lama tidak dilihat. Malah, sayap dan ekornya yang panjang serta sekatan hitam di dada membolehkannya kelihatan seperti burung pipit.

Menurut Country Life, jika cuckoo itu manusia, ia akan dianggap sebagai penyangak dan penipu.

Tak jaga anak sendiri

Ia dikatakan tidak membuat sarang sendiri dan tidak menjaga anaknya, tetapi sebaliknya menggunakan burung lain untuk ‘mengendalikan tugas’ memberi makan dan pengeraman.

Kebiasaannya, ia akan menggunakan burung pipit padang rumput, burung robin, burung dunnocks, burung walet buluh, burung wagtail pied dan burung walet willow.  Kesemua burung itu ‘setia’ mengeram dan menjaga anak burung cuckoo setelah ia menetas sehinggakan anak-anak mereka sendiri terabai dan akhirnya mati.

Namun, mereka tetap mengerahkan seluruh tenaga untuk memberi makan kepada ‘anak angkat’ itu walaupun ia akan membesar lima kali ganda dari saiz mereka.

Gambar: Phsy.org

Situasi ini benar-benar mengejutkan para naturalis dan mereka cuba untuk bersangka baik dengan mengeluarkan teori yang menyatakan bahawa burung cuckoo tidaklah sekejam itu, malah mungkin sebenarnya sering melawat sarang ‘ibu angkat’ dan memberi makan kepada anaknya.

Menjelang awal abad ke-20, tingkah laku parasit cuckoo masih lagi menjadi subjek spekulasi liar sehingga seorang ahli perniagaan dari Midlands, Edgar Chance telah melakukan sendiri kajian terhadap andaian tersebut. Dia secara rasminya menjadi pakar ornitologi pertama yang menumpukan kajiannya kepada satu spesies sahaja.

Digambarkan sebagai perosak

Tempat pemerhatian pilihan Chance ialah kawasan seluas 52 ekar yang dilitupi tanaman gorse yang dikenali sebagai Pound Green di Worcestershire.

Dia berhasrat untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa cuckoo sebenarnya meletakkan telurnya di dalam sarang ‘ibu angkat’ dan bukannya seperti yang disangkakan oleh orang ramai yang percaya bahawa burung itu menggunakan paruhnya untuk mengangkat dan meletakkan anak-anak di dalam sarangnya.

Hasil dari kajian yang dijalankan telah membolehkannya menyiapkan satu filem pendek yang diberi tajuk The Cuckoo’s Secret. Difahamkan, kekecohan timbul ketika tayangan pertamanya di New Gallery Kinema di London’s Regent’s Street pada tahun 1922.

Bahasa yang digunakan dalam sari kata adalah emotif dan cuckoo betina digambarkan sebagai ‘perosak rumah yang berbulu’ .

Sementara itu, panggilan atau jeritan dari anak cuckoo sangat kuat apabila ia menginginkan makanan sehingga ‘mencairkan hati’ burung-burung lain untuk memberinya makan.

Sumber: Country Life, Onekindplanet

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.