Siakap Keli
Gambar : Daily Mail

Gara-gara Bunga Merah Dijaga Tak Mekar, Tukang Kebun Di Korea Utara Ini Dihantar Ke Kem Buruh

Tukang kebun Korea Utara dihantar ke kem buruh kerana gagal memastikan beribu-ribu begonia ‘kimjongilia’ merah mekar, lapor Daily Mail.

Bunga tersebut dinamakan bersempena nama bekas pemimpin tertinggi Korea Utara yang telah meninggal dunia, Kim Jong Il pada 17 Disember 2011.

Jalan di bandar negara itu secara tradisinya akan dipenuhi dengan bunga merah menjelang sambutan hari lahir mendiang kim Jong Il pada 16 Februari yang dikenali sebagai ‘Hari Bintang Bersinar’.

Gambar : Daily Mail

Namun, tukang-tukang kebun dikatakan bergelut untuk mendapatkan bekalan kayu api untuk memastikan kestabilan suhu dan kelembapan di tempat bunga Kimjongilia ditanam, menurut agensi berita Daily NK News.

Dakwaan mengatakan mereka dituduh mengabaikan tanaman tersebut dan beberapa tukang kebun tersebut dijatuhi hukuma enam bulan di kem buruh kerana kegagalannya menjaga bunga tersebut.

Berdasarkan sumber daripada saluran berita berpangkalan di Seoul, pengurus ladang yang menanam Kimjongilia di Samsu Country, wilayah utara Ryanggang ditangkap dan dijatuhi hukuman tersebut kerana tidak menjaga tanaman sebaiknya.

Gambar : Daily NK News

Menurut sumber, lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu dipercayai tidak dapat menyediakan bekalan kayu api yang tetap untk memastikan rumah hijau cukup panas pada musim sejuk dan telah mengakibatkan tanaman tersebut gagal.

Dia telah memberitahu kepada pegawai tersebut, sebaliknya dipecat daripada jawatannya dan dijatuhkan hukuman.

Seorang lagi pekerja di ladang itu juga turut dikenakan hukuman tiga bulan di kem buruh atas kesalahan tidak menetapkan suhu dengan betul.

Gambar : Daily Mail

Hari lahir Kim Jong il merupakan salah satu cuti paling penting di Korea Utara. orang ramai tidak dibenarkan untuk menunjukkan sebarang tanda kegembiraan pada hari tersebut bertujuan untuk memperingati kematiannya.

Sumber : Daily Mail

Fathin Nadzira