Setiap pasangan suami isteri yang sudah melayari bahtera perkahwinan selama bertahun-tahun pastinya memiliki 1,001 kenangan indah yang terpahat di hati. Yang tidak pernah luntur dek masa, jauh sekali hilang dimakan hari.
Mengingati ulang tahun perkahwinan semestinya adalah detik terindah pada setiap tahun. Biasanya kita akan menyambut ulang tahun istimewa ini dengan mengimbau gambar-gambar lama termasuklah ketika di hari pertama bergelar suami isteri.
Begitu juga bagi Menteri Kewangan kita, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut mengingati ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta pada tanggal keramat 13 Februari hari ini.
Beliau berkongsi untaian kata-kata manis berbaur romantis mengenai kisah cinta mereka menerusi satu perkongsian khas di laman Facebooknya sebentar tadi. Nak tahu apa cerita cinta mereka berdua?
Jom ikuti coretan di bawah ini.

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kesebelas. Sungguh cepat masa berlalu. Hari akad nikah kami rasanya seperti baru semalam. Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan isteri saya, yang juga ibu dan tunggak terbaik buat keluarga kami. Every day with you is a blessing, Alhamdulillah.
Behind every successful man there is a woman. Tanpa pengorbanan seorang isteri mana mungkin seorang suami dapat mengejar cita-citanya. Terima kasih, Dina kerana sentiasa memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi terutama dengan ketiadaan saya yang kerap akibat tanggungjawab rasmi, dari dulu sampai sekarang
Dina, thank you for saying yes, thank you for being the pillar of our family and above all, for accepting me for who I am and who I aspire to be. Dan sudah tentu terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih “berisi” dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang.
I am sorry I can’t be with you today due to official duties, tapi InsyaAllah saya akan cari ikan bilis yang terbaik di Sabah untuk kita cuba!
p/s: Semua ini adalah tulus dari hati dan bukan sekadar ucapan manis untuk bodek isteri kerana tak dapat celebrate anniversary.


Sumber: FB Tengku Zafrul