Siakap Keli
Foto: Connie Roxanne Jiwin

Pernah Cecah Hampir 130kg, Wanita Kongsi Amal Diet Ni Hilang 63kg Dalam 21 Bulan, Kini Tampil Lebih Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Pepatah ini tepat digunakan untuk mereka yang sedang berusaha dan kesungguhan mencapai berat badan yang diimpikan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah menanam azam untuk turun berat badan dan inginkan kehidupan yang sihat.

Tidak dinafikan bahawa mudah mudah untuk menurunkan berat badan, persediaan mental dan fizikal perlu seiring. Bukan itu sahaja, kita perlu ‘melepaskan’ gaya pemakanan yang tidak sihat, itulah satu pengorbanan besar yang perlu dilakukan.

Menerusi perkongsian dari laman Facebook, Connie Roxanne Jiwin mengatakan bahawa beratnya dulu mencecah 130kg dan selepas hampir setahun setengah, beratnya kini 60kg.

Saya bertekad untuk diet disebabkan masalah kesihatan… Saya ni seorang yang kuat minum minuman yang bergas dan kuat makan junkfoods. Saya sangat addicted sama semua benda yang tidak sihat. Sampai la 1 tahap itu berat saya mencecah lebih 130 kilogram.

Saya start diet sejak 20 Mei 2020. Saya bertekad untuk diet disebabkan masalah kesihatan. Pada tahun 2020, saya menjalani pembedahan membuang cyst ovary d Aussie. Untuk pengetahuan, saya tinggal di Aussie. Selesai saja pembedahan tersebut doktor bagi tahu saya yang oksigen dalam badan saya drop dan saya perlukan bantuan oksigen.

Masa tu la doktor bagi nasihat yang saya perlu ubah lifestyle ke healthy lifestyle. Sebab doktor kata saya masih muda. Doktor berkata juga bahawa kalau oksigen dalam badan saya drop bermakna bila-bila masa saja badan saya akan shutdown (maksudnya mati) jadi masa itulah terbuka hati dan perasaan saya untuk ubah jalan diri ke arah healthy lifestyle.

Saya ni seorang yang kuat minum minuman yang bergas dan kuat makan junkfoods. Saya sangat addicted sama semua benda yang tidak sihat. Sampai la 1 tahap itu berat saya mencecah lebih 130 kilogram.

Sekadar Gambar Hiasan

Saya tekadkan dalam diri saya yang saya harus ubah diri saya ke arah yang sihat. Sejak dari itu saya berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan patah balik lepas ni. Saya harus teruskan. Saya nak kurus bukan sebab nak cantik sebab nak sihat, cantik itu bonus.

Sejak 2020, saya berdiet dan melakukan senaman di atas treadmill masa mula-mula dulu. 15 minit ber-treadmill dalam minggu pertama then up 5 minutes every week bagitau sehingga sampai ke 40 minit.

Ini menu diet jadual diet saya setiap hari selama 6 bulan.

Menu Diet

Isnin

  • Breakfast: fruit & boiled egg or oat
  • Lunch: wholemeal bread, chicken meat (breast skinless ) or fish fillet… (boiled or steamed)
  • Dinner – chicken salad or fish salad

Selasa

  • Breakfast: same as Monday
  • Lunch : same as Monday
  • Dinner : 3 boiled egg salad & fruits ( green apple or orange)

Rabu

  • Breakfast (same as Monday)
  • Lunch: wholemeal bread + low-fat cheese with tomatoes (make sandwich)
  • Dinner: salad+ chicken atau fish fillet

Khamis

  • Breakfast (same as Monday)
  • Lunch: fruits
  • Dinner (same as Wednesday)

Jumaat

  • Breakfast (same as Monday)
  • Lunch: sandwich tuna (in water)
  • Dinner: salad and 3 boiled egg

Sabtu

  • Breakfast: same as Monday
  • Lunch: salad + chicken or fish fillet
  • Dinner: fruits

Ahad

  •  Breakfast: same as Monday
  • Lunch & dinner: Veggies and chicken or fish fillet (steam)

Menu diet ini diberikan oleh seorang pakcik yang boleh dikatakan pakcik saudara saya sendiri iaitu Edward Monica (nama Facebook). Dia yang banyak membantu saya sehingga saya capai berat badan saya yang sekarang ini.

Selepas berat badan sudah banyak turun, barulah saya ubah cara exercise saya pulak dengan melakukan ‘kettlebell workout’ dan pelan-pelan sehingga saya buat ‘dumbell workout’ selama 30 minut setiap hari.

Tapi sekarang saya tidak melakukan workout sudah sebab saya terlalu busy berkerja. Dan kerja yang saya buat sekarang ni pun cukup buat saya berpeluh tanpa henti.

Sumber: Connie Roxanne Jiwin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang