Siakap Keli
Kredit: Scientific American

Gempar, Saintis Dakwa Temui Planet Baharu Tak Jauh Dari Bumi

Sebuah planet baharu ditemui tidak jauh dari Bumi. Planet tersebut merupakan planet ketiga yang ditemui dalam sistem dan digelar sebagai Proxima. Ia juga planet paling ringan yang pernah ditemui dengan hanya satu perempat daripada jisim bumi.

Menurut Independent, planet ini mengelilingi Proxima Centauri, iaitu bintang yang paling hampir dengan matahari.Sebelum ini satu lagi juga pernah ditemukan pada tahun 2016 dan telah menimbulkan kekecohan ketika itu.

Menariknya, ada dakwaan yang mengatakan, selain ia hampir dengan bumi, ia juga berpontensi untuk didiami serta mempunyai suhu yang sesuai aliran air dengan permukaan berbatu.

Namun, planet yang baru ditemukan ini dikatakan tidak mesra kerana orbitnya yang terlalu hampir dengan bintang. Difahamkan, ia terlalu hampir hingga tidak mampu membekalkan air yang cukup dan setahun di sana bersamaan lima hari di bumi.

Memetik kenyataan Independent, penyelidikan lanjut mendedahkan lebih banyak planet yang berhampiran ditemukan. Berikutan penemuan itu, para penyelidik memberikan beberapa cadangan.

Penyelidik dari Institusi de Astrofísica e Ciências do Espaço, Portugal, João Faria berpendapat bahawa terdapat banyak ‘dunia’ baharu yang berada mengelilingi bintang.

“Ia adalah bagus untuk jangkauan kajian lanjut dan penerokaan masa hadapan,” katanya.

Faria merupakan pengarang utama dalam penemuan kajian tersebut yang diberi tajuk  ‘A candidate short-period sub-Earth orbiting Proxima Centauri’ yang telah diterbitkan pada hari ini dalam Astronomi dan Astrofizik.

Penyelidik dapat menetukan saiz planet yang baru ditemukan itu menggunakan teknik halaju jejarian. Dengan cara itu, ia mampu mengawasi pergerakan kecil di kawasan berhampiran bintang yang disebabkan oleh graviti. Teknik itu juga mampu untuk menentukan jisim planet.

Ia adalah planet yang terkecil diukur menggunakan teknik itu. Para saintis telah menggunakan instrumen Espresso pada Teleskop besar supaya dapat melihat planet menggerakkan bintang, namun hanya pergerakan kecil dapat dilihat. Menariknya, ia hanya bergerak ke depan dan kebelakang dengan radius 40 sentimeter sejam.

“Pencapaian ini amat penting,” kata Pedro Figueira, saintis instrumen ESPRESSO di ESO di Chile.

“Ia menunjukkn bahawa teknik halaju jejari ini mempunyai potensi untuk mendedahkan populasi planet ‘cahaya’ seperti planet kita yang berpotensi menjadi habitat kehidupan,” kata mereka.

Sumber: The Independent

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.