Siakap Keli
Kredit: Sciphysics

Kejadian Alam Unik, ‘Menara’ Pasir Berbentuk Arca Ditemui Di Pantai, Ini Rupanya Yang Berlaku

Jika sebut mengenai alam semulajadi, bermacam-macam kejadian unik pernah berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Pernah tular di Sabah dan Sarawak, berlaku satu fenomena garisan cahaya yang sangat jelas di langit yang dinamakan sebagai ‘light pillar’.

Baru-baru ini pula di United State (US), muncul beberapa arca berbentuk agak luar biasa terbina daripada pasir, dipercayai akibat tiupan angin sejuk.

Merujuk kenyataan dari Sciphysics, arca tersebut terbina secara semulajadi di pinggiran pantai Tasik Michigan, Bandar St.Joseph.

Menerokai artikel tertbitan Sciphysics, ‘binaan’ tersebut terjadi disebabkan oleh angin kencang yang meniup air laut hingga berlakunya hakisan pasir.

Difahamkan, tiupan angin kencang tersebut akhirnya menjadikan pasir tersebut berbentuk seakan menara yang unik dan megah.

Malangnya, arca tersebut tidaklah bertahan begitu lama kerana ia bergantung kepada cuaca sejuk untuk menjamin ketahanan strukturnya.

Sebaik sahaja suhu menjadi panas semula, pasir tersebut tidak lagi beku dan runtuh.

Menurut Sciphysics, gambar tersebut dimuat naik seorang pengguna Reddit, selain dikongsikan di media sosialnya hingga menerima lebih 9,000 perhatian.

“Saya tinggal di sepanjang pantai Tasik Michigan selama 40+ tahun dan tidak pernah melihat sesuatu seperti itu,” kata salah seorang saksi kejadian menakjubkan itu.

Sumber: Sciphysics

Faiz Mustafa