Siakap Keli

KFC Mohon Maaf, Akui Alami Gangguan Bekalan Sejak Pandemik & Ada Menu Utama Habis Stok Sementara Waktu

KFC atau Kentucky Fried Chicken merupakan salah satu rangkaian restoran makanan segera yang agak terkenal di negara kita. Namun, sejak kebelakangan ini, KFC sering menjadi ‘buah mulut’ masyarakat apabila banyak menu utama mereka kehabisan stok.

Terbaru, dalam satu tweet yang dikirim pada 13 Februari, seorang individu di laman Twitter mengadu kepada KFC kerana menghadapi kesukaran untuk membuat pesanan melibatkan menu ayam goreng. Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi individu yang mengadu perkara yang sama.

Bagaimanapun, perkara ini disambut baik oleh pihak KFC Malaysia dan menjelaskan perkara yang sebenar berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.

Pihak KFC memohon maaf dan mengatakan mengalami ganguan rantaian bekalan global akibat pandemik.

 

 

 

Besar harapan pihak KFC Malaysia dapat mencari penyelesaian altenatif bagi memuaskan pelanggan mereka, memandangkan jenama itu amat dekat dengan hati penduduk Malaysia.

Sebagai pelanggan, kita juga perlu faham dengan situasi yang berlaku dan harap bersabar.

Sumber: KFC Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.