Siakap Keli
Gambar : harianmerahputih.id

Hari Pertama Jadi “Runner” Motor Dah Kena Curi, Presiden Jokowi Tolong Gantikan Motor Baharu

Presiden Joko Widodo menghantar motosikal baharu kepada pemandu motosikal dalam talian (ojol) selepas mendengar khabar tersebut, lapor CNN Indonesia.

Kes pencurian tersebut berlaku ketika Novi, warga Gogor, Wiyung, Surabaya ,yang pertama kali bekerja, sedang mengambil tempahan makanan yang dipesan daripada pelanggan di sebuah gerai.

Motosikalnya pada ketika itu diletakkan di suatu tempat yang tidak jauh dari tempat dia mengambil makanan.

Namun, sekembalinya dari tempat tersebut, dia mendapati bahawa motosikalnya telah hilang dari tempat yang diparkir itu.

“Apabila selesai sahaja saya megambil tempahan makanan, motor saya sudah tiada,” jelasnya.

Dia terus melaporkan kejadian tersebut kepada polis tempatan, tetapi pelaku melarikan dri terlebih dahulu.

Ibu kepada dua anak itu, akhirnya pulang ke rumah sambil ditemani rakan-rakan ojol dalam talian yang lain.

Insiden yang menimpanya itu kemudian sampai kepada Presiden Joko Widodo. Lalu, Jokowi telah mengirimkan bantuan berbentuk motor baharu melalui Ketua Polis Surabaya, Kombes Akhmad Yusep Gunawan pada isnin lalu, 14 Februari 2022.

Novi yang pada ketika itu sedang mengendong anaknya kelihatan gembira selepas menerima bantuan tersebut dan akan menggunakan motosikal tersebut bersama suaminya untuk menyara keluarganya.

“Alhamdulillah, Masha Allah. Terima kasih, Tuan Jokowi dan Tuan Polis,” kata Novi.

“Nanti saya kerja lagi sebab cuma ada satu motor. Alhamdulillah.”

Sementara itu, kata Yusep, kedatangannya merupakan mandat daripada Presiden Jokowi untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada Novi.

Selain daripada bantuan motosikal, Jokowi telah memberikan wang tunai kepada mangsa untuk membayar tunggakan ansuran motornya yang hilang itu.

Tambah Ketua Polis Surabaya lagi, pihak mereka akan menahan penjenayah kecurian yang menyebabkan mangsa-mangsa lain kehilangan motosikal.

Sumber : Jawa Pos & CNN Indonesia

Fathin Nadzira