Siakap Keli
Gambar: Khushairi Borhanudin (Tukang Apa Hari Ini)

“Pagi-pagi Collect Hasil”, Beli Kat Speedmart Je, Abang Ni Kongsi Hasil ‘Tangkapan’ Lipas Dalam Kereta

Kereta kalau kita tak bersihkan selalu mesti akan ada macam-macam barang dalamnya, tak kiralah buku ke, telekung, air, makanan dan pelbagai lagi. Tambahan lagi, kalau baru pulang dari bercuti mesti ada pelbagai jenis kotoran yang terdapat di dalam kereta.

Iyalah, kita pun memang suka snacking dalam kereta kalau sudah berjalan jauh bukan? Tetapi itulah kelemahannya, bila sudah ada pelbagai benda dalam kereta maka adalah serengga perosak yangs satu ini.

Lagi-lagi kereta yang digunakan oleh keluarga yang ada anak kecil. Anak kecil kalau sudah berjalan jauh, kalau dilarang sangat buat sesuatu perkara dalam kereta, nanti mereka akan meragam, jadi ibubapa pun kadang-kadang itu terpaksa benarkan mereka makan dan bermain di dalam kereta.

Kadang-kadang bukan setakat anak-anak, ibu bapa pun sama suka snacking untuk elakkan mengantuk ketika memandu.

Jadi untuk menangani sedikit sebanyak masalah ‘besar’ ini, seorang pengguna Facebook Khusahiri Borhanudin di dalam page Tukang Apa Hari Ini telah berkongsikan cerita bagaimana dia membunuh serangga perosak tersebut di dalam kereta hanya menggunakan ‘fumakilla vape’.

Sekadar berkongsi perasaan puas.

Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas.

Kira saya tukang juga la ni kan? Tukang sembur. 😅

Kredit: Khushairi Borhanudin (Tukang Apa Hari Ini)
Kredit: Khushairi Borhanudin (Tukang Apa Hari Ini)

Sumber: Khushairi Borhanudin (Tukang Apa Hari Ini)

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.