Siakap Keli

Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Umum telah mengetahui bahawa bulan yang paling dirindui dan dinanti-nantikan masyarakat Muslim seluruh dunia iaitu bulan Ramadan bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Dalam bulan ini, setiap individu beragama Islam yang cukup syarat diwajibkan untuk berpuasa. Bukan itu sahaja, bulan Ramadan juga istimewa kerana setiap amalan yang dilakukan seseorang akan diberi ganjaran berkali lipat.

Oleh itu, ramai orang akan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dalam bulan ini. Antara ibadah yang paling mudah dan paling banyak sekali dilakukan adalah bersedekah.

Beli Sambil Beramal Di POPULAR

Berita baik untuk semua penggemar buku, POPULAR kini sedang mengadakan promosi bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba nanti. Promosi yang diadakan oleh POPULAR ini bukan sahaja dapat menggalakkan anda untuk membaca buku, ianya juga akan dapat memberikan anda peluang untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

10% daripada pembelian akan disalurkan kepada Badan Kebajikan yang terpilih.

Dengan tema Membaca: Beribadah Sambil Beramal, pelanggan juga bakal menikmati rebat sebanyak 10% untuk 362 tajuk-tajuk terpilih daripada kategori Agama, Motivasi, Bukan Fiksyen, Masakan dan Komik sepanjang promosi ini berlangsung. Menarik kan?

Promosi ini berlangsung daripada 11 Februari sehingga 24 April 2022 di Kedai Buku POPULAR/HARRIS yang terpilih di seluruh Malaysia termasuklah POPULAR Online.

Sertai Projek Wakaf Al-Quran & Terjemahan

Apa yang lebih menariknya adalah, pelanggan juga berpeluang untuk memberikan sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran dan Terjemahan. Mesti anda nak tahu macam mana caranya, kan?

Mudah je. Anda cuma perlu beli dan serahkan terus buku-buku tersebut kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada Badan Kebajikan yang terpilih. Juruwang tersebut akan mengambil rekod belian anda.

Tak hanya itu, anda juga berpeluang menerima hadiah percuma daripada POPULAR yang berupa senaskah surah Yassin atau Manzil dengan setiap pembelian bernilai RM 30 dan ke atas dalam 1 resit sementara stok masih ada.

Untuk makluman, promosi khas sempena bulan Ramadan ini sebenarnya sudah diadakan bermula daripada tahun 2010 lagi. Sejak daripada itu, sebanyak 164 buah rumah anak yatim dari seluruh Malaysia telah menerima sumbangan hasil pembelian oleh pelanggan POPULAR semasa promosi ini diadakan.

Bagi tahun 2022 ini, POPULAR telah bekerjasama dengan 9 syarikat penerbitan tempatan untuk meneruskan kempen ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Cara Nak Beli Buku Dengan Lebih Murah

Jom semarakkan semangat menyambut Ramadan ini dengan beribadah sambil beramal melalui promosi Ramadan@POPULAR ini dan dapatkan rebat untuk pembelian anda. Anda juga boleh mendapatkan promosi ini melalui POPULAR Online di sini.

Pada yang lebih memilih untuk tidak keluar dari rumah, anda boleh menggunakan perkhidmatan Order, Pick & Go untuk membeli-belah. Anda boleh pilih sama ada nak ambil di cawangan pilihan atau pun buat penghantaran secara terus ke rumah. Untuk maklumat lanjut, layari pautan berikut: http://bit.ly/38FzDtC

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan promosi Ramadan@POPULAR ini, layari laman web POPULAR, POPULAR Online atau pun boleh terus ke Facebook dan Instagram POPULAR sekarang.

Aqmal Ezany

I write what is right