Air merupakan satu keperluan asas yang semua orang perlukan di rumah dan pelbagai tempat seperti kedai makan, masjid, kawasan rehat, dan sebagainya. Kadang-kadang kalau boleh kita mahukan paip air ada dimana-mana untuk saat kecemasan.
Tetapi kalau ada paipnya, air tidak ada atau perlahan tetap tiada guna betul? Lagi-lagi air yang kita hendak digunakan dalam bilik air untuk mandi dan bersuci. Anda mesti pernah alami situasi di mana air di rumah anda tiba-tiba sahaja perlahan sedangkan sebelum ini ia berfungsi dengan baik.
Aliran air yang perlahan adalah antara penyebab seseorang ‘marah’, yalah siapa sahaja yang suka mandi dengan tekanan air yang perlahan malu-malu nak keluar, kan?
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya mudah sahaja cara nak tengok dan perbaiki kenapa tiba-tiba tekanan air rendah di rumah kita. Bajet pun takkan lari banyak sebab buat sendiri.
Menerusi akaun TikTok @zammenyelenggara , dia berkongsi ‘sebab’ mengapa air perlahan di dalam videonya.
“Ada angin dalam paip penyebab air perlahan,” tulisnya dalam video tersebut.
Menerusi video tersebut juga dapat dilihat air yang seperti tidak mahu keluar dari kepala paip, “Daripada ada terus tidak ada la?” katanya.
Pemilik kemudian membuka kepala paip yang berada di dinding dan membiarkan air keluar sehingga tekanan kembali laju.
Selepas kepala paip di buka anda dapat melihat air keluar secara tersekat-sekat mulanya dan setelah itu ia mengalir seperti biasa kerana angin sudah keluar dan membuatkan aliran bergerak seperti biasa.
@zammenyelenggara mudah jer.. napa bayar lebih😁
Sumber: @zammenyelenggara