Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Satu Terbang Satu Duduk, Wanita Tak Sengaja Terakam Kelibat Putih Atas Bumbung

Kejadian berbaur mistik sering kali terjadi tanpa diduga. Kadang kala bila kita tak undang pun ‘dia’ masih boleh muncul depan mata.

Mungkin ramai yang pernah tengok video-video paranormal di mana ada individu yang sengaja ‘mencari’ makhluk halus untuk dirakam sebagai konten.

Namun lain pula ceritanya dengan wanita yang dikenali sebagai Depi Putri ini. Asalnya cuma mahu merakam video untuk Instagram Story, siapa sangka wanita ini terakam ‘sesuatu’ yang sedang terbang di atas bumbung.

“Semalam nak buat Instastory di balkoni, terlihat ‘itu’. Jadi dirakam saja, tak tahu apa tu,” tulis pengunggah dalam sebuah hantaran berbeza.

Video penampakan sosok misteri ini turut dimuatnaik wanita berkenaan di laman TikTok miliknya dan telah ditonton 12 juta kali setakat ini.

@depi.putri

#voiceeffects

♬ suara asli – depi.putri – depi.putri

“Satu terbang, satu duduk”

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata menyifatkan sosok berkenaan sebangai ‘pocong’ terbang. Tak kurang juga yang mengaku melihat ada dua entiti misteri dalam video berkenaan.

Agak-agak korang pulak nampak ada berapa ‘benda’ tu?

Sumber: TikTok Depi Putri

Eyla Azri