Siakap Keli

(Video) KFC Paling ‘Unik’ Di Malaysia, Diurus Oleh Pekerja OKU Pendengaran & Percakapan

Kentucky Fried Chicken atau biasa disebut KFC dan ‘Kepci’ sememangnya kegemaran rakyat Malaysia sejak lama dahulu, lagi-lagi mereka yang masih lagi usia kanak-kanak. Bawa mereka ke KFC saja dah boleh buat mereka senyum gembira. Ketika itu, ayam goreng KFC paling mewah kanak-kanak zaman itu.

Dan kini, sajian KFC masih lagi menjadi antara pilihan utama bagi kebanyakan penggemar makanan segera. Percaya atau tidak, di sebalik kemeriahan restoran ini, sebenarnya ada juga premis yang lebih unik dan berbeza berbanding kebiasannya.

Menerusi perkongsian dari pengguna Tiktok Hazwan Hafiz, beliau kongsikan sebuah video mengenai sebuah restoran KFC yang agak ‘istimewa’ di Malaysia. Hal ini demikian kerana KFC ini dikendalikan oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan percakapan.

Berdasarkan perkongsian itu, KFC tersebut bertempat di Sentul Raya, Kuala Lumpur. Selain itu menurut beliau, terdapat juga KFC yang sedemikian rupa sebegini di kawasan lain seperti di Tanjung Arau, Sabah dan Matang, Sarawak.

Boleh juga tonton video yang kami kongsikan di bawah. Anda akan lihat sendiri keunikan pekerja-pekerjanya yang datang dari golongan  tersebut. Menarik kan? Jom kita tonton sama-sama.

@hazwanhfiz

KFC paling ‘senyap’ di Malaysia diuruskan oleh kakitangan kelainan upaya pendengaran & percakapan. Ada yang tahu dekat mana?

♬ original sound – Papa Khai®️ KnZ – papakhai@KNZ

Sumber: Hazwan Hafiz

 

Faiz Mustafa