Siakap Keli
Gambar via Khairunnisa Mohammad/MAHN

Paling Dicari Di Kebanyakan ‘Food Court’, Wanita Kongsi Resipi Buat ‘Yee Mee Sizzling’ Hanya 9 ‘Step’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sahaja yang tidak gemar makan mi sizzling? Dihidang semasa ia masih panas-panas, kuah yang begitu banyak dan pekat cukup mencairkan apabila disuap ke dalam mulut.

Kebiasaannya anda mungkin dapat makan menu ini apabila singgah ke medan selera atau mana-mana restoran yang menjual yee mee sizzling ini.

Kali ini anda dah tak perlu risau. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan ini anda dah boleh hasilkan yee mee sizzling di rumah masing-masing.

Resipi yee mee sizzling versi homemade ini dikongsi oleh seorang warga group Masak Apa Hari Ini (MAHN), Khairunnisa Mohammad.

Resipinya cukup mudah dan sesuai untuk diikuti oleh anda yang ingin merasai menu ini.

Selamat mencuba!

Resipi mudah buat yee mee sizzling

Gambar via Khairunnisa Mohammad/MAHN

Habis satu bandar kami ronda semata-mata nak cari yee mee ni. Payah jugak nak dapat. Bila dah dapat, balik rumah terus masak. Untuk dua orang makan je. 

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • Cili kering ikut citarasa (cuci, rendam kejap)
  • Minyak bijan sikit
  • Minyak masak sikit
  • Isi ayam atau mana2 bahagian yang disukai
  • Kiub pati ayam
  • Kicap pekat manis
  • Kicap cair
  • Kicap karamel (nak bagi kuah jadi hitam)
  • Sos tiram secukupnya
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Sawi
  • Cendawan shitake (cuci/belah dua)
  • Telur sebiji

Cara-cara memasaknya:-

  1. Tepung jagung sesudu bancuh ngan air.
  2. Tumis bawang putih dan halia sampai wangi. Masukkan cili kering. Kacau-kacau.
  3. Masukkan ayam. Kacau-kacau sampai ayam nampak masak sikit. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan kicap pekat manis, kicap cair, kicap karamel, sos tiram, kiub pati ayam. Kacau rata. Agak-agak je ye. Sesuai selera kita. 
  5. Kemudian letak mushroom. Ni la bagi special aroma dia.
  6. Masukkan lada hitam dan lada sulah. Saya pakai setengah sudu kecil untuk keduanya. Sapa suka pedas, bohlah lebih. Biar gatal kepala. 
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Bila pekat kuah, boh yee mee. Pastu bohlah sawi tu. Pecahkan telur sebiji. Biar mendidih kejap bagi masak sikit telur tu, tapi biar gedik je kuning telur.
  9. Akhir sekali kami boh minyak bijan. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Kuah kalau ade lebih, jangan buang. Tambah air lagi. Tambah yee mee lagi. Round kedua. Selamat mencuba.

Sumber: Khairunnisa Mohammad melalui Masak Apa Hari Ini

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.